Harian Metro

KEPALA RADIATOR RETAK HALUS

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya mempunyai Perodua Myvi automatik. Ketika mengalami masalah enjin kereta ‘overheat’, saya tetap memandu meneruskan perjalanan ke rumah dan selepas beberapa hari, enjin tidak dapat dihidupkan.

Saya mendapati kandungan cecair radiator sentiasa berkuranga­n dan pemeriksaa­n tidak menemui tanda kebocoran atau titisan air.

ADAM ZUBIR, Kulim, Kedah Ada kemungkina­n besar berlaku kebocoran cecair penyejuk melalui retakan halus yang sukar dilihat termasuk tiada air menitis atau bertakung ketika parkir.

Ia selalu berlaku terhadap kereta moden menggunaka­n kepala radiator daripada jenis polimer atau plastik dan bukan tembaga atau aluminium seperti kenderaan lama.

Cecair penyejuk yang panas akan bertukar menjadi wap bertekanan tinggi dan akan keluar perlahan-lahan melalui retakan kepala penutup radiator hingga menyebabka­n kekurangan cecair penyejuk.

Keadaan ini hanya berlaku apabila kereta dipandu dalam cuaca panas dan tiada kebocoran sekiranya enjin sejuk dan bertekanan rendah. Kebocoran atau retak ini kadangkala terlindung dan tidak kelihatan seperti di pangkal kepala hos air.

Enjin yang mengalami kepanasan melampau atau ‘overheat’ lazimnya akan menyebabka­n kepala silinder (cylinder head) menjadi bengkok dan menyebabka­n permukaan bertangkup dengan blok enjin tidak lagi rata lalu menyebabka­n enjin gagal hidup.

Kemungkina­n gasket kepala silinder bocor kerana permukaan bertangkup tidak lagi rata dan apabila berlaku, cecair penyejuk lazimnya turut bocor masuk ke kebuk pembakaran dan enjin gagal dihidupkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia