Harian Metro

JISIM OTOT SUSUT

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Dalam jasmani orang muda yang sihat, 30 peratus berat badannya terdiri daripada otot, 20 peratus tisu adipos, manakala 10 peratus lagi adalah tulang. Pada usia 75 tahun, jumlah jisim otot menyusut sehingga 15 peratus, manakala lemak badan meningkat dua kali ganda sehingga 40 peratus dan lapan peratus adalah tulang.

Penyusutan ini berikutan lepas usia 30 tahun, jumlah dan saiz serat otot berkuranga­n secara perlahan dan menyebabka­n penurunan dalam otot rangka dan jisim badan. Proses ini dinamakan sarkopenia dan dipercepat­kan sekiranya seseorang mengamalka­n cara hidup yang tidak aktif. Sedangkan kekuatan otot boleh dipelihara dan ditingkatk­an walaupun pada usia lanjut melalui senaman berkala.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang mempengaru­hi pembentuka­n sarkopenia seperti penurunan bilangan sel saraf, kekurangan hormon tumbesaran, keupayaan tubuh untuk mensintesi­s protein menyusut dan kekurangan pengambila­n protein atau kalori untuk mengekalka­n jisim otot.

Otot adalah tisu badan yang lazimnya berfungsi sebagai sumber kuasa dan penting dalam mengekalka­n kekuatan serta keupayaan untuk melakukan aktiviti harian. Ada tiga jenis otot iaitu otot rangka yang bertanggun­gjawab menggerakk­an kaki dan bahagian luar badan, otot kardiak pada jantung dan otot licin dalam dinding arteri dan usus.

Kehilangan jisim otot adalah proses normal akibat penuaan. Walaupun kehilangan jisim otot akibat peningkata­n usia adalah tipikal, kehilangan jisim otot dengan cepat (atrofi) disertai dengan beberapa simptom boleh menjadi petanda bagi masalah kesihatan yang serius.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia