Harian Metro

Usah henti bersenam bila berpuasa

-

seorang wanita memerlukan 2,000 kalori sehari dan apabila berpuasa, dia kehilangan kira-kira 335 kalori sehari. Itu berita baik buat mereka kerana kehilangan kalori dalam jumlah terbabit boleh membantu mengurangk­an berat sehingga 250 gram bagi setiap 400 kalori yang hilang.

Meskipun kehilangan kalori boleh menimbulka­n simptom seperti mudah penat dan kaki lemah, perkongsia­n Profesor Madya di University of Illinois, Chicago, Amerika Syarikat, Dr Krista Varady, dalam kajian mengenai puasa dan kesannya terhadap rutin senaman memberi keputusan berbeza.

Penemuan menarik ditemui dalam kajian beliau ialah berpuasa mengurangk­an prestasi senaman ternyata berbeza apabila peserta kajian

memberi maklum balas mengenai kekerapan mereka bersenam lebih tinggi berbanding ketika tidak berpuasa. Secara tidak langsung ini membantu pengurusan berat badan yang baik.

Antara hasil lain kajian itu mendapati kebaikan berpuasa membantu turunkan tahap lemak tepu dan kolesterol jahat seperti trigliseri­da LDL selain tekanan darah dan pengeluara­n insulin juga bertambah baik menjadikan risiko mendapat serangan penyakit jantung dan diabetes lebih rendah.

Justeru ketika Ramadan, setiap orang perlu lebih bijak mengatur perjalanan kehidupan mereka sepanjang bulan mulia ini yang merangkumi aspek diet, senaman, bekerja dan tidur supaya ibadat berpuasa memberi kesan yang lebih baik kepada kesihatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia