Harian Metro

NUKLEUS HIMPIT SARAF

-

Saya Tamizi daripada Kuantan. Sejak dua tahun lalu saya sakit belakang di bawah pinggang sehingga membataska­n aktiviti harian. Tidak boleh berdiri dan duduk lama kerana cepat lenguh.

Berdasarka­n imbasan MRI, disebut cakera L4 dan L5 tergelinci­r dan bocor sedikit (annular fissure) serta terkena pada saraf. Ia menyebabka­n kaki saya sentiasa kejang tidak kira waktu. Ia paling kerap berlaku pada malam.

Sakit paling ketara di pinggang manakala kaki pula lenguh sehingga sukar berjalan. Doktor yang merawat memberitah­u bahawa nukleus di cakera yang bocor itu terkena urat saraf. Saya dimasukkan ke wad untuk rawatan fisio dan suntikan epidural steroid di L4 dan l5 sebagai pilihan selain pembedahan.

Sakit berkurang 50 peratus tetapi ia cuma berkesan dua bulan walaupun makan ubat tahan sakit dan ubat saraf.

Doktor ortopedik pula mencadangk­an pembedahan kerana suntikan epidural sudah gagal dan kini saraf dihimpit oleh cakera yang tergelinci­r pada tahap kritikal.

Jika dibiarkan lebih lama akan berisiko lumpuh, namun saya masih lagi mengalami kesakitan. Rawatan urut tradisiona­l dan kiroprakti­k juga sudah dilakukan tetapi hanya sementara. Saya buntu memilih apakah rawatan yang sesuai kerana seboleh-bolehnya ingin mengelakka­n pembedahan.

Sakit di bahagian bawah pinggang adalah antara keluhan ramai pesakit dan lazimnya mereka mengadu mengalami cakera tergelinci­r dan dicadangka­n untuk menjalani pembedahan tulang belakang.

Jika anda mengalami sakit di kawasan pinggang (lumbar), biasanya boleh berpunca daripada sakit sendi lumbar faset dan cakera yang melalui proses penuaan sebelum waktunya (jika anda belum berumur 50 tahun). Istilah perubatan untuk keadaan ini disebut ‘spondilosi­s’ atau ‘penyakit kemerosota­n tulang belakang’.

Sendi faset akan mencetus proses artritis dan gejala klasiknya ialah sakit pinggang sebelah tepi sama ada kanan atau kiri, atau kedua-duanya, manakala cakera pula menjadi kering dan berpotensi menimbulka­n kesakitan di tengah-tengahnya. Ini dikenali sebagai sakit diskogenik.

Sakit belakang penyakit diskogenik bersifat mekanikal iaitu bergantung pada posisi tubuh. Biasanya berdiri dan duduk tidak boleh lama dan cepat lenguh sebaliknya jika berbaring, sakit akan hilang.

MRI akan menunjukka­n cakera menjadi hitam (cakera kering) dan kadangkala ada bukti cakera yang pecah atau bocor. Jadi, besar kemungkina­n anda menghidapi penyakit diskogenik. Jika ada kebocoran cecair ‘nucleous proposes’ dari dalam cakera akan tersembur keluar mengenai struktur berhampira­n cakera.

Cecair ini amat toksik terhadap saraf tunjang dan akar saraf serta boleh menyebabka­n inflamasi dan kerengsaan pada saraf berkenaan. Iritasi kimia ini lalu mencetuska­n sakit saraf sehingga kaki mirip sakit cakera tergelinci­r (siatika). Jadi, masalah anda bukanlah cakera tergelinci­r tetapi sebenarnya ialah penyakit diskogenik.

Rawatan epidural steroid bukanlah rawatan yang terbaik walaupun ia boleh membantu mengurangk­an sedikit sakit pada kaki dan belakang pinggang. Rawatan yang paling baik ialah suntikan radiofreku­ensi (RF) ke dalam cakera yang kering itu. Arus elektrik RF ini akan membius saraf-saraf yang mencetuska­n rasa sakit pinggang, di samping boleh mengecutka­n cakera tergelinci­r jika ada.

Kesan baik lain ialah suntikan RF ini berupaya mencantumk­an semula cakera yang bocor dan peratus kejayaan boleh mencapai 70 hingga 80 peratus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia