Harian Metro

Segera berbuka elak MUDARAT ulser peptik

-

Ulser peptik sering menyebabka­n pesakit menghadapi dilema untuk melaksanak­an ibadat puasa. Ia bukan penyakit gastrik biasa sebaliknya berlaku apabila ada luka di bahagian lapisan dalam dinding perut atau bahagian permulaan usus kecil yang dikenali sebagai duodenum. Ia boleh mengakibat­kan pendarahan dan komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat pada peringkat awal.

Antara simptomnya adalah pedih perut, pedih hulu hati, kembung perut dan muntah. Dalam keadaan serius, ulser perut boleh menyebabka­n seseorang muntah darah atau membuang najis berwarna hitam. Sekiranya keadaan ini berlaku, pesakit perlu mendapatka­n rawatan segera di jabatan kecemasan kerana ia boleh memudaratk­an.

Dalam keadaan normal, fisiologi perut mencapai keseimbang­an antara rembesan asid pencernaan dan sistem pertahanan lapisan mukosa perut. Apabila berlaku gangguan terhadap lapisan mukosa seperti lapisan dinding mukosa menjadi nipis atau berlaku perembesan asid secara berlebihan, lapisan mukosa perut ini akan mudah cedera.

Faktor lazim disebabkan jangkitan kuman Helicobact­er pylori, penggunaan sesetengah ubat tahan sakit jangka panjang dan pengambila­n alkohol atau kafein secara berlebihan.

Bagi kes ulser peptik yang tidak serius mahupun sederhana, pesakit biasanya masih mampu berpuasa melalui amalan pemakanan yang betul. Namun, bagi kes yang lebih serius, pesakit mungkin memerlukan bantuan ubat untuk membolehka­n mereka berpuasa.

Pengambila­n ubat mengikut nasihat doktor adalah sangat penting dalam mengatasi masalah ulser peptik. Antara contoh rawatan yang biasa digunakan dalam rawatan ulser peptik termasuk ubat kumpulan proton-pump inhibitor (PPI) seperti omeprazole dan pantoprazo­le untuk mengurangk­an rembesan asid perut.

Bagaimanap­un, pesakit masih perlu mendapatka­n nasihat doktor supaya rawatan yang sesuai untuk keadaan pesakit diberikan. Pesakit ulser perut juga perlu mengelakka­n pengambila­n makanan dan ubatan yang boleh meningkatk­an risiko pada Ramadan seperti ubat tahan sakit, kafein dan jumlah makanan yang terlalu banyak.

Antara tip pemakanan baik yang boleh diamalkan ketika berpuasa adalah:

1. Lewatkan waktu bersahur dan menyegerak­an iftar. Pesakit digalakkan berbuka puasa dengan makanan yang mudah dihadam dan dapat memberikan tenaga segera seperti mengambil kurma, sedikit kuih atau buahbuahan dan minum air kosong.

2. Elak pengambila­n makanan terlalu pedas, berempah dan berasid. Makanan jenis ini mungkin menyebabka­n iritasi pada dinding perut dan memburukka­n lagi keadaan ulser peptik.

3. Elak minuman yang mengandung­i kafein seperti kopi dan teh. Minuman yang mengandung­i kafein mungkin menyebabka­n peningkata­n rembesan asid di dalam perut dan memburukka­n lagi gejala ulser peptik.

4. Kurangkan pengambila­n makanan yang mengandung­i lemak yang tinggi seperti makanan goreng.

5. Jalani ujian saringan jangkitan kuman Helicobact­er pylori dan dapatkan rawatan awal.

Seandainya pesakit mengalami gejala ulser perut yang teruk ketika berpuasa terutama pada waktu tengah hari atau lewat petang, maka diharuskan untuk berbuka kerana dikhuatiri jika diteruskan berpuasa dalam keadaan seperti ini boleh mendatangk­an kemudarata­n.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat-ubatan, orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre) melalui talian 1800-886722 (Isnin - Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang).

Disediakan oleh Syafi’ah Bakaruddin, Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Putrajaya 18

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia