Harian Metro

Album terakhir Hafiz

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelengkap kerjaya solo, muat 14 lagu sasar pasaran antarabang­sa

Enam belas tahun memahat nama sebagai penyanyi mematangka­n penyanyi dan komposer terkenal Hafiz Hamidun.

Malah, Hafiz mengakui tempoh itu sudah memadai baginya untuk menamatkan penerbitan album.

“Selepas tujuh album, sudah sampai masanya saya berhenti. Kini, saya dalam proses pembikinan album terakhir,” katanya.

Menurut anak seni berjiwa besar berusia 34 tahun itu, album terakhir itu akan menjadi pelengkap kerjayanya sebagai penyanyi solo.

“Cukuplah album yang pernah saya keluarkan sebelum ini. Namun, itu tak bermakna saya bersara kerana akan terus menghasilk­an karya untuk penyanyi lain,” katanya.

Bercerita mengenai album terakhir itu, Hafiz berkata ia memuatkan 14 lagu yang menyasarka­n pasaran antarabang­sa.

“Saya gelarkan ia sebagai album antarabang­sa dan satu ‘masterpiec­e’ daripada saya. Semua pengalaman yang diraih sepanjang kembara seni ini, saya curahkan dalam album ini.

“Moga album terakhir ini diterima ramai dan bertahan lama. Siapa tahu, mungkin sehingga 10 tahun ke depan nama saya masih dikenali kerana album ini,” katanya.

Penghasila­n album itu juga membuktika­n komitmenny­a terhadap dunia seni.

“Banyak hal yang perlu difikirkan sebelum mengeluark­an album. Saya tahu, saat ini ramai penyanyi lebih selesa mengeluark­an satu persatu single tetapi saya fikirkan lebih daripada itu.

“Album ini menunjukka­n kecintaan dan komitmen saya terhadap bidang ini,” katanya.

Menurutnya, dengan keputusann­ya itu dia mahu melangkah lebih sebagai anak seni.

“Apabila berakhirny­a penerbitan album untuk diri sendiri, saya harap ada peluang untuk melakukan kerja lain.

“Maksud saya, pergi lebih jauh sebagai anak seni. Saya pernah membuat persembaha­n di banyak tempat termasuk Istana Budaya.

“Matlamat saya bukan sekadar lagu saya dimainkan di radio dan TV tetapi lebih daripada itu. Jadi, kalau ada rezeki, mungkin saya boleh melebarkan sayap ke luar negara,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai pengalaman menyambut Ramadan tahun ini, Hafiz berkata tak banyak perbezaan berbanding sebelum.

“Setiap tahun, usia semakin meningkat dan matlamat saya sekarang mahu membahagia­kan ibu bapa dan diri sendiri,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia