Harian Metro

Jenaka budaya pop mudah difahami

-

Pada awal filem, penonton dapat lihat setiap karakter diperkenal­kan dengan memberi tanda-tanda seperti apakah yang membuatkan mereka kusut, secara individu.

Kita diperkenal­kan kepada watak Iyay (Jaclyn Jose) kemudian anak-anaknya, Jude (Chai), Jay (Melde) dan Bert (Paul).

Setiap karakter ada pelbagai tahap tekanan tersendiri dan selaku pengarah, Villanueva cuba mencari jalan agar setiap tekanan dalam diri karakter mempunyai beban tersendiri yang sesuai dengan babak mereka.

Susunan tekanan antara karakter mungkin tidak seimbang tetapi itulah yang membuatkan filem ini unik serta menarik sebagai karya ‘road-movie’ dan komedi.

Begitupun, tidaklah bermakna filem ini hanya sebuah lagi naskhah tipikal komedi Filipina walaupun ia masih menggunaka­n teknik serupa. Dari dialog yang dilontar ke rekaan produksi, semuanya dihasilkan secara spontan dan sengaja menimbulka­n salah faham, jenaka yang merujuk pada budaya pop tempatan dan mudah difahami sesiapa sahaja yang menonton.

Perkara paling diingati dalam filem ini adalah usaha mengelakka­n ia menjadi melodrama. Antaranya babak Jay mengadu kepada Iyay mengenai perkara yang mengganggu­nya.

Cara pengarah mengelak melodrama ini bukanlah gimik untuk komedi semata-mata tetapi sebenarnya percubaan untuk mengelak daripada penat melayan perasaan. Mungkin filem ini mengelak elemen melodrama kerana mahu mengkritik karya komedi popular di Filipina yang melebihkan melodrama berbanding komedi.

Teknik ini, (melodrama lebih banyak berbanding komedi dalam satu penceritaa­n) sudah menjadi tradisi sejak sekian lama. Dengan menerapkan teknik ini, ia juga menggambar­kan idea komedi dalam sinema Filipina.

Perkara yang mungkin tidak menjadi dalam kebanyakan komedi Filipina berjaya diterjemah­kan dalam filem ini.

 ??  ?? FILEM: Patay Na Si Hesus ARAHAN: Victor Villanueva PELAKON: Jaclyn Jose, Vincent Viado dan Chai Fonacier
GENRE: Komedi TAYANGAN: 7 Jun 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari
FILEM: Patay Na Si Hesus ARAHAN: Victor Villanueva PELAKON: Jaclyn Jose, Vincent Viado dan Chai Fonacier GENRE: Komedi TAYANGAN: 7 Jun 2018 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia