Harian Metro

Tempat makan kelab motor

-

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program Kembara Rasa Jaket Biru berkonsepk­an travelog yang mana hos akan menunggang motosikal berkuasa tinggi mencari tempat makan sesuai untuk penunggang berkonvoi singgah di seluruh Malaysia.

Menampilka­n hos Shamsul Ghau

Ghau, program 13 episod kini bersiaran setiap Khamis, jam 2.30 petang menerusi saluran TV Okey (109) ini memaparkan tiga segmen iaitu Kembara Rasa 1, Tip Kembara dan Kembara Rasa 2.

Dalam setiap episod, Shamsul akan mengembara ke seluruh negara untuk mencari tempat makan yang menyajikan makanan enak dan mempunyai kemudahan sesuai untuk menampung penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berkonvoi.

Seterusnya, Shamsul akan bergabung dengan penunggang daripada kelab motosikal tempatan dan akan ke sebuah premis untuk menikmati makanan disediakan sekali gus memberikan penilaian terhadap makanan serta kemudahan disediakan.

Antara paparan menarik Shamsul akan bertolak dari World Of Motions menuju ke utara tanah air diiringi penunggang daripada Independen­t Motor Club. Segmen pertama, Kembara Rasa 1 membawa mereka ke gerai Mee Kari Ami yang biasa menjadi tempat kunjungan penunggang.

Gerai yang menyediaka­n pelbagai juadah mi dan laksa ini menerima penarafan skala 4.2 hingga 4.8 daripada Shamsul dan wakil kelab Independen­t Motor Club.

Dalam segmen Kembara Rasa 2, Shamsul akan ke Warong P Ramlee yang terletak di kebun getah berkonsepk­an zaman P Ramlee dahulu. Uniknya, warung ini menghidang­kan makanan menggunaka­n pinggan ayan.

Episod seterusnya, Shamsul bersama Pirata of Kustoms MC mengunjung­i Warung Sara di Semambu, Kuantan. Warung itu terkenal dengan sajian Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu, Nasi Lemak Ikan Sekor dan Pulut Kuning Ayam

Percik.

Masih ditemani penunggang kelab sama, Shamsul akan ke Jaman Tory Resepi bagi menikmati hidangan istimewa di gerai makanan berkenaan.

Shamsul akan meneruskan perjalanan ke Kajang, Selangor kemudian menikmati makanan enak di Ulu Bendol, Negeri Sembilan.

Tidak dilupakan Kedai Makan Resepi Sabak Salai di Kampung Kundur, Rembau. Berikutnya, hos akan ke Melaka dan

Johor Bahru bagi meneruskan misi konvoi dengan motosikal berkuasa tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia