Harian Metro

Ramadan bulan al-Quran

-

Allah SWT memuliakan Ramadan berbanding bulan lain. Diwajibkan berpuasa sebagai satu tanda pengabdian hamba kepada pencipta-Nya.

Bahkan, Ramadan turut dipilih Allah sebagai bulan turunnya al-Quran.

Keistimewa­an itu diberikan Allah sebagaiman­a dinyatakan melalui firman-Nya: “... bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan­penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang batil).” (al-Baqarah: 185)

Al-Quran juga diturunkan pada malam yang penuh kemuliaan iaitu malam alQadr.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami menurunkan­nya (alQuran) pada malam al-Qadr. Tahukah kamu apa dia malam al-Qadr? Malam al-Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan.” (alQadr: 1-3)

Turunnya al-Quran pada malam al-Qadr adalah satu peristiwa besar, sekali gus menyatakan tingginya kedudukan penghuni langit dan bumi serta diangkat darjat umat Muhammad.

Berdasarka­n pegangan jumhur ulama, al-Quran diturunkan secara sekali gus ke langit dunia di Baitul ‘Izzah untuk menunjukka­n kepada para malaikat betapa agungnya persoalan al-Quran.

Seterusnya, al-Quran diturunkan kepada Rasulullah pertama kali pada malam itu juga.

Kemudian secara beransuran­sur selama 23 tahun bersesuaia­n dengan peristiwa yang mengiringi­nya bermula daripada baginda diutuskan sebagai nabi sehinggala­h kewafatann­ya.

Penurunan al-Quran secara beransur-ansur berbeza dengan kitab yang turun sebelumnya. Rasulullah tidak menerima risalah besar itu sekali gus.

Kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan (dilunakkan hati) dengannya. Antara hikmah wahyu diturunkan secara berperingk­at untuk menguatkan hati nabi dan menjadikan­nya saling berkait dengan peristiwa sehingga Allah menyempurn­akan agama ini.

Bertepatan dengan turunnya al-Quran pada Ramadan, para ulama turut menamakann­ya sebagai bulan al-Quran.

Umat Islam dituntut mendamping­i al-Quran dengan cara bertadarus dan mentadabbu­rnya. Tadarus adalah membaca, mengulang kaji, mengajar atau menyemak bacaan al-Quran.

Jibril selalu mendatangi baginda pada setiap malam sepanjang Ramadan untuk membaca, mengajar dan menyemak bacaan al-Quran bersama baginda.

Para ulama dalam kalangan sahabat dan salaf lebih banyak membaca al-Quran ketika solat atau di luar solat sepanjang Ramadan berbanding bulan selainnya.

Sunah membaca al-Quran bukan sekadar membaca dan mengkhatam­kannya tetapi perlu penghayata­n dan kefahaman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarla­h hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahl­ah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal: 2)

Sekiranya pada bulan lain kita sibuk, gunakan Ramadan bagi meraih saham akhirat. Di mana slogan agama mengatakan Ramadan adalah bulan ibadat, bulan al-Quran, bulan sedekah, bulan yang penuh dengan ganjaran kebaikan, dan yang di dalamnya ada malam al-Qadr?

Beleklah al-Quran dan tafsirnya. Kuatkan hati untuk ke masjid solat berjemaah dan sambutlah Ramadan dengan penuh keimanan serta mengharapk­an pahala Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharapk­an pahala maka akan diampunkan dosadosany­a yang telah lalu.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia