Harian Metro

AL-QURAN BUAT JIWA TENANG

-

Betapa mulianya insan yang memuliakan al-Quran. Al-Quran mukjizat paling agung dan petunjuk buat umat Islam serta golongan yang belum Islam untuk dijadikan panduan hidup.

Dalam satu hadis daripada Utman bin Affan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang paling utama di antara kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarka­nnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kenapa al-Quran dijadikan panduan kepada yang belum Islam dan tidak pada umat Islam saja? Tiada yang peliknya.

Jika dilihat dari sudut golongan yang belum memeluk Islam, bagi saya al-Quran adalah buku yang penuh dengan cerita menarik untuk dibaca tafsirnya.

Setiap kata, baris, ayat dan helaian al-Quran membuatkan saya ingin terus membaca dan menghayati isi kandungann­ya. Al-Quran adalah satu hiburan hati buat saya.

Namun, itulah kenyataann­ya. Al-Quran membuatkan jiwa saya sentiasa tenang dan tempat saya mencari jawapan dalam kehidupan seharian.

Saya akan baca al-Quran untuk mencari pedoman hidup. Alhamdulil­lah, Allah berikan petunjuk di dalam al-Quran. Al-Quran sepatutnya sentiasa di hati kita kerana katakatany­a adalah daripada Allah kepada hamba-Nya.

Allah mahu hamba-Nya menjadi baik. Cuma kita saja selalu mencari sumber lain untuk menyelesai­kan kekusutan.

Dalam satu hadis menyatakan, “Bacalah alQuran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Bapa mentua saya pernah berpesan, bacalah al-Quran setiap hari walaupun sebaris ayat. Jangan lupa al-Quran, bila kita meninggal dunia nanti alQuran akan menjadi teman kita di dalam kubur.

Pada mulanya saya tidak faham apa yang ingin disampaika­n bapa mentua saya itu.

Tetapi di sebalik katakatany­a itu membuatkan saya terfikir, apabila mati kelak tiada siapa akan bantu dan menemani kita kecuali amalan yang dilakukan ketika hidup.

Baru-baru ini, Persatuan Usrah Fitrah Malaysia mengadakan majlis Himpunan Artis Sayang al-Quran di Istana Budaya. Ia diadakan bagi memuliakan al-Quran dalam kalangan penggiat seni dan artis Malaysia.

Saya ingin terapkan alQuran pada artis melalui hiburan. Hiburan yang menyusuk ke jiwa mereka.

Bukan mudah hendak pasakkan rasa cinta al-Quran pada insan seni yang hidup penuh cabaran.

Namun, saya yakin jika kena caranya, insya-Allah, Allah akan beri petunjuk-Nya dan membantu kita.

Jika tidak dilaksanak­an sekarang, siapa lagi hendak mengajak rakan seperjuang­an dalam bidang seni itu untuk mengingati perkara kebaikan.

Idea yang baik mesti kita laksanakan tanpa perlu bertangguh. Allah Maha Mengetahui niat murni kami untuk memartabat­kan alQuran dalam hati penggiat seni yang selalu dipandang sinis oleh masyarakat.

Berilah peluang penggiat seni untuk merasai kemanisan al-Quran dengan cara penyampaia­n berbeza melalui al-Quran.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia