Harian Metro

Sasar jualan susu kambing RM10 juta

-

Tasty Beverage Sdn Bhd, syarikat yang mengeluark­an produk minuman dan makanan jenama Al-In’san menyasarka­n untuk mencatatka­n hasil jualan susu kambing RM10 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Shaharudin Ismail berkata, sejak ditubuhkan pada 2016, syarikat yang memasarkan produk susu kambing berperisa asli dan coklat itu bakal menembusi pasaran Indonesia dan China pada suku akhir tahun ini.

“Untuk perancanga­n tahun ini, pihak syarikat akan menumpukan kepada pengeluara­n beberapa jenis produk kesihatan dan makanan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat antaranya susu kambing kurma, kopi Perwira dan Pinetox di bawah jenama Al-In’san,” katanya.

Susu Kambing Al-In’san adalah hasil terbaik daripada kajian dan penyelidik­an selama hampir dua tahun bagi menghasilk­an susu kambing berkualiti

tinggi dan berkhasiat.

Malah, kilang yang mengeluark­an produk itu turut diiktiraf sebagai kilang halal, kilang Amalan Pengilanga­n Baik (GMP); ISO 22000, pengiktira­fan Health Brand Award, selain bakal menerima Golden Bull Award 2018, Julai ini.

Shaharudin berkata, tahun lalu adalah tempoh yang singkat untuk membentuk pasaran kerana syarikat masih di peringkat permulaan untuk jenama Al-In’san memasuki pasaran dengan memperoleh nilai jualan produk susu kambing sebanyak RM500,000.

“Kita meletakkan sasaran dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menjadi antara 30 pembekal utama di pasaran tempatan bagi pengguna berusia setahun hingga 100 tahun,” katanya.

Semua produk

Al-In’san boleh didapati di rangkaian kedai 99 Speedmart, kedai jamu atau melalui pembelian secara dalam talian di www.insan.net.my

 ??  ?? SHAHARUDIN menunjukka­n produk minuman dan makanan jenama Al-In'san.
SHAHARUDIN menunjukka­n produk minuman dan makanan jenama Al-In'san.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia