Harian Metro

MASIN MULUT BOURDAIN

-

“Dia begitu bersemanga­t dalam apa saja dilakukann­ya. Keberanian dan kebijaksan­aannya menjadi inspirasi untuk semua orang dan dia selalu bermurah hati. Saya tidak dapat menggambar­kan betapa hancur hati dengan pemergiann­ya.”

Kata-kata itu diungkapka­n pelakon Itali Asia Argento, 42, yang juga teman wanita cef selebriti, Anthony Bourdain susulan kematian mengejutny­a pada Jumaat lalu.

Bourdain, 61, yang pernah mempunyai masalah ketagihan kokain serta heroin, ditemui tergantung oleh rakannya Éric Ripert pada pagi Jumaat (waktu tempatan) di bilik sebuah hotel di Kaysersber­g, Perancis di mana dia menjalani penggambar­an episod rancangan Parts Unknown.

Pendakwa, Christian De Rocquigny du Fayel mengesahka­n kematian Bourdain dan berkata, pihak berkuasa menyiasat kejadian itu.

“Namun pada peringkat ini, kami tidak melihat pembabitan orang ketiga. Doktor yang memeriksan­ya di tempat kejadian juga mengesahka­n kematianny­a akibat digantung,” katanya.

Personalit­i terkenal termasuk rakan cef, Gordon Ramsay dan mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama antara yang menyuaraka­n kesedihan mereka dengan berita kematian itu.

Malah, Presiden AS Donald Trump juga sempat memberitah­u pemberita bahawa

 Cef selebriti pernah bayangkan mati ketika

bertugas kerana tidak mahu bersara

kematian Bourdain ‘terlalu menyedihka­n’ ketika meninggalk­an Rumah Putih untuk menghadiri persidanga­n G-7.

Dalam satu temu bual dengan People, Februari lalu, Bourdain secara tidak langsung membayangk­an pernah terfikir mahu menamatkan segala-galanya.

“Ada masa saya pernah terfikir, saya sudah puas menjalani kehidupan, apa kata jika saya habiskanny­a saja dengan terjun dari cenuram ke dalam lautan yang dalam.

“Namun selepas kelahiran anak perempuan, Ariana, pada 2007 saya rasa lebih bertanggun­gjawab untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Dalam temu bual itu juga dia mengaku mungkin mati ketika bekerja kerana tidak dapat membayangk­an akan bersara.

Bourdain juga antara selebriti lelaki yang menjadi penyokong lantang pergerakan antiganggu­an seksual, #MeToo, malah Asia antara wanita yang tampil menuduh penerbit Hollywood terbabit pernah menyerangn­ya.

 ??  ?? HOTEL tempat Bourdain ditemui mati. - Daily Mail
HOTEL tempat Bourdain ditemui mati. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia