Harian Metro

ANAK JADI MANGSA

 Isteri berang bunuh tiga zuriat kekasih suami

- Agensi

Seorang wanita ditahan kerana disyaki membunuh tiga beradik perempuan berusia 10 hingga 14 tahun apabila berang ibu mereka mengadakan hubungan percintaan dengan suaminya.

Media India melaporkan, mayat tiga kanak-kanak itu ditemui dibunuh dipercayai menggunaka­n senjata tajam, malah turut disyaki dirogol.

Jurucakap polis Banka, Chandan Kumar Kushwaha berkata, wanita terbabit dipercayai bersubahat dengan dua anak lelakinya dan tiga lelaki lain dari Chandraman­di untuk membalas dendam terhadap ibu mangsa.

Tiga lelaki terbabit yang mempunyai rekod jenayah juga sudah ditahan polis.

Hindustan Times melaporkan, wanita itu dan anaknya menentang percintaan yang dijalin ibu mangsa dengan suaminya dan mahu hubungan itu dihentikan.

Suspek bersama saudaranya turut ke rumah wanita terbabit dan memukulnya, kata Chandan Kumar.

Menurutnya, keluarga wanita terbabit cuba mengatur perkahwina­n antaranya dengan kekasihnya yang ditentang hebat keluarga lelaki berkenaan terutama isterinya.

Sementara itu, Chandan Kumar berkata, berdasarka­n bukti dalam laporan forensik dan pemeriksaa­n perubatan yang dilakukan menunjukka­n ada kesan rogol terhadap dua daripada tiga mangsa.

Namun, katanya, perkara itu masih perlu disahkan melalui laporan perubatan terperinci.

FAKTA Dua anak lelaki wanita itu turut bersubahat

bunuh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia