Harian Metro

‘Jong-Un’ disoal dua jam

-

Singapura: Pelawak Australia yang terkenal kerana meniru pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un memberitah­u dia ditahan pihak berkuasa Singapura kelmarin dan disoal mengenai pandangan politiknya, sebelum dibenarkan memasuki republik itu.

Kejadian berlaku beberapa hari sebelum negara itu menjadi hos untuk satu pertemuan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Jong-Un.

Howard X, yang enggan mendedahka­n nama sebenarnya, memberitah­u dia ditahan dua jam dan disoal kira-kira 30 minit apabila tiba pada awal pagi di Lapangan Terbang Changi.

“Mereka bertanya mengenai pandangan politik saya dan jika pernah terbabit dengan bantahan di negara lain.

“Mereka berkata, ‘Ini adalah sidang kemuncak Trump-Kim, kamu datang pada masa amat sensitif’,” katanya.

Menurutnya, dia juga diarah menjauhi Pulau Sentosa dan Shangri-La, dua kawasan yang ditentukan sebagai lokasi acara khas pertemuan itu.

Imigresen dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaa­n Singapura (ICA) berkata, Lee Howard Ho Wun tiba di Lapangan Terbang Changi pada jam 3.30 pagi (waktu tempatan) semalam dan disoal siasat 45 minit kemudian.

Selepas menamatkan sesi itu, dia dibenarkan memasuki Singapura.

“Ini sebahagian proses pembersiha­n imigresen dan pengunjung di Singapura mungkin menjadi subjek soal siasat tambahan,” kata ICA dalam kenyataan semalam. – Reuters

 ?? - Reuters ?? HOWARD yang meniru Jong-Un bergambar bersama Dennis Alan yang meniru Trump di Merlion Park, Singapura kelmarin.
- Reuters HOWARD yang meniru Jong-Un bergambar bersama Dennis Alan yang meniru Trump di Merlion Park, Singapura kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia