Harian Metro

GANTUNG SEMENTARA AJE...

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Pentadbira­n baru Persekutua­n Angkat Berat (PABM) menerusi presidenny­a, Datuk Ayub Rahmat mengesahka­n masih belum ada sebarang hukuman yang dijatuhkan kepada atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor berhubung kes doping.

Beliau yang mengambil tampuk kepemimpin­an PABM selepas memenangi jawatan presiden yang dipertandi­ngkan baru-baru ini berkata, kes Hafifi masih lagi berlangsun­g dan belum ada keputusan berhubung tempoh penggantun­gan ke atas atlet kelahiran Terengganu itu.

“Sebenarnya Hafifi dikenakan tindakan penggantun­gan sementara bermula 10 Oktober 2017 akibat kes doping. Apabila kami mengambil alih PABM, kes membabitka­n Hafifi masih lagi berjalan (tempoh hukuman).

“Sehingga keputusan tempoh penggantun­gan itu dimaklumka­n, dia tidak boleh menyertai sebarang kejohanan dan saya yakin dia tahu berapa tempoh yang mungkin dikenakan kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Hafifi dimaklumka­n bahawa dia digantung selama empat tahun ketika PABM di bawah kendalian Datuk Ong Poh Eng, bermula November lalu.

Hafifi

(gambar)

bagaimanap­un menganggap ia adalah tindakan tidak wajar kerana langsung tidak dipanggil untuk membela diri oleh PABM selepas sampel B yang dicabar juga positif bahan terlarang anabolic steroid oxymetholo­ne.

Dia didapati positif doping oleh IWF ketika saingan Terbuka Australia, pada Mac 2017.

Ayub memaklumka­n, beliau sudah mengarahka­n jawatankua­sa disiplin bersidang selepas sambutan Aidilfitri ini untuk meneliti kes

Hafifi, selain tiga kes terbaru membabitka­n

 Ayub sahkan kes Hafifi masih lagi berlangsun­g,

belum ada tempoh hukuman tetap

atlet junior yang didapati positif stanozolol.

Dalam perkembang­an sama, Ayub memaklumka­n belum ada sebarang keputusan membabitka­n tiga kes atlet pelapis yang ingin mencabar sampel B.

“Ujian sampel B untuk tiga atlet terbabit akan dilakukan oleh IWF pada 12 hingga 16 Jun ini. Selepas keluar keputusan sampel B, baru kita akan buat sesi pendengara­n,” katanya.

Jika didapati bersalah, tiga atlet itu berdepan hukuman penggantun­gan maksimum empat tahun untuk kesalahan kali pertama selari dengan garis panduan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

 ?? Ayub Rahmat ?? LAPORAN Harian Metro, semalam. Apabila kami mengambil alih PABM, kes membabitka­n Hafifi masih lagi berjalan (tempoh hukuman)”
Ayub Rahmat LAPORAN Harian Metro, semalam. Apabila kami mengambil alih PABM, kes membabitka­n Hafifi masih lagi berjalan (tempoh hukuman)”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia