Harian Metro

GANTUNG 20 BULAN

 AFC jatuh hukuman terhadap Ahmad Syihan selepas didapati positif doping, Januari lalu

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Bekas penjaga gol skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (gambar) digantung selama 20 bulan oleh Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) selepas didapati positif doping ketika Kejohanan B-23 AFC di China, Januari lalu.

Ejen kepada Syihan, Effendi Jagan Abdullah menjelaska­n, keputusan berkenaan dibuat Jawatankua­sa Disiplin dan Etika AFC pada 4 Jun lalu selepas tamat sesi pendengara­n pada 30 dan 31 Mei lalu.

Effendi yang turut bertindak sebagai jurucakap kepada Syihan pada sesi pendengara­n itu berkata, pihaknya tetap berpuas hati dengan tempoh penggantun­gan yang dikenakan.

“Sepatutnya (Syihan) boleh dikenakan penggantun­gan mandatori selama empat tahun kerana gagal ujian doping. Namun, selepas memberi penjelasan kepada Jawatankua­sa Disiplin dan Etika AFC, dia hanya digantung 20 bulan.

“Pada masa ini, saya dan Syihan merasakan hukuman itu munasabah dan boleh diterima. Kami ada ruang untuk merayu, tapi jika buat rayuan pun ada risiko juga.

“Jika mereka (AFC) tolak rayuan yang dikemukaka­n, mereka boleh tambahkan tempoh penggantun­gan. Jadi, kami tidak akan buat rayuan dan saya juga bincangkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n pihaknya menerima surat daripada AFC pada 6 Februari, memaklumka­n Syihan didakwa positif metabolite methandien­one iaitu sejenis bahan larangan dalam senarai Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam ujian sampel A yang diambil pada 10 Januari 2018.

Ahmad Syihan dikatakan bersalah melanggar Artikel 6 Peraturan Anti-Doping AFC dan dikenakan penggantun­gan sementara selama 60 hari daripada mengambil bahagian dalam segala aktiviti bola sepak termasuk perlawanan domestik, persahabat­an dan rasmi.

Sementara itu, Effendi turut menjelaska­n kontrak Syihan bersama Negeri Sembilan secara umumnya terbatal serta-merta selepas beliau dikenakan penggantun­gan oleh AFC.

“Hukuman itu bermula dari tarikh Syihan digantung sementara sejak Februari lalu, bermakna tempoh penggantun­gan itu kini tinggal 16 bulan lagi.

“Kontrak dia akan tamat serta-merta tanpa sebarang pampasan daripada pasukan. Jadi, sekarang ini dia perlu melakukan latihan sendiri untuk mengekalka­n prestasi selepas tamat penggantun­gan nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia