Harian Metro

Perubahan taktikal Lang Merah buah hasil

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin (gambar) gembira perubahan taktikal yang dilakukan berjaya menghasilk­an kemenangan 1-0 ke atas Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.

“Kita rasa bertuah kerana dapat mengutip tiga mata yang amat kita perlukan selepas mengharung­i dua perlawanan tanpa sebarang mata, jadi malam ini setelah membuat post mortem di peringkat pengurusan bersama pemain sebelum ini, hasilnya kita dapat kemenangan.

“Perbezaan perlawanan malam ini berbanding perlawanan pertama pada Selasa lalu adalah dari segi formasi. Kita boleh lihat sebelum ini (perlawanan lalu) pada minit minit ke-60 atau 70 kita nampak ada ruang kelemahan... tetapi kini formasi kita berbeza yang menyaksika­n bahagian pertahanan diperkuat supaya dapat serap tekanan daripada penyerang muda Kelantan.”

Mengulas prestasi penjaga gol baru, Ramadhan Hamid yang berjaya mempamerka­n aksi penuh yakin, Syed Khairul berkata Kedah mendapat penjaga gol yang berkualiti, mempunyai ketenangan dan kelebihan dalam menangkis bola tinggi.

“Kelebihan ini akan kita manfaatkan dan kita juga ada barisan penjaga gol lain yang sentiasa boleh kita laksanakan penggilira­n, cuma pada malam ini Ramadan beraksi pada tahap lebih dari sepatutnya,” katanya.

Begitupun pengurus itu enggan memperinci mengenai watak penyerang baru Kedah, Paulo Rangel kerana belum dapat menilai keseluruha­n prestasi dan kemampuan dalam tempoh satu perlawanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia