Harian Metro

KURANG TEKANAN

-

Panama muncul satu daripada dua pasukan yang layak beraksi buat kali pertama di Piala Dunia dengan rekod baik di saingan Gold Cup menjadi sandaran mereka untuk melakar kejutan di pentas lebih besar.

Mereka layak ke Piala Dunia dengan penuh dramatik dan tiada yang menduga pasukan dari Amerika Tengah ini mampu melakukann­ya.

Skuad Los Canaleros ini hanya menang enam daripada 16 perlawanan pusingan kelayakan dengan menamatkan saingan pertama di tangga kedua, sebelum catatan enam perlawanan tanpa kemenangan selepas itu menggugat kedudukan mereka.

Kemenangan 3-0 ke atas Trinidad and Tobago pada September 2017 memberikan harapan sebelum baki dua perlawanan terakhir, namun kekalahan 0-4 di tangan Amerika Syarikat (AS) menyebabka­n nasib bukan lagi di tangan mereka sendiri.

Tetapi, tuah nyata menyebelah­i anak buah Hernan Dario Gomez apabila AS tumpas kepada Trinidad and Tobago, manakala mereka mencipta kejutan ke atas Costa Rica 2-1.

Bagaimanap­un, kekalahan 0-1 kepada Norway pada aksi persahabat­an terakhir pra-Piala Dunia bukan persiapan terbaik buat Panama.

Mereka kini hanya berjaya meledak satu gol dalam lima perlawanan terakhir iaitu ketika menewaskan Trinidad and Tobago, dua bulan lalu.

Mungkin satu-satunya aspek positif yang boleh diambil oleh Panama sepanjang lapan aksi persahabat­an mereka sejak pusingan kelayakan adalah ketika seri 1-1 menentang Wales.

Skuad ini dibimbing oleh Gomez sejak 2014 dan pastinya sudah memiliki keserasian jitu di antara pemainnya.

 Panama perlu manfaat status pasukan

bukan pilihan untuk lakar kejutan

Satu-satunya kehilangan yang dirasai Panama adalah ketiadaan pemain tengah berpengala­man, Amilcar Henriquez yang terbunuh dalam insiden rompakan pada April 2017.

Diundi dalam Kumpulan G, ramai yang menganggap Panama dan Tunisia tiada peluang untuk mara ke pusingan seterusnya apabila Belgium dan England menjadi pasukan pilihan.

Namun, atas status pasukan bukan pilihan dan tampil buat kali pertama, aksi tanpa tekanan bakal menjadi pencetus semangat Panama di Piala Dunia.

 ??  ?? PEMAIN Panama Jose Calderon (kiri) dan Gabriel Gomez menjalani sesi latihan di Russia, kelmarin.
PEMAIN Panama Jose Calderon (kiri) dan Gabriel Gomez menjalani sesi latihan di Russia, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia