Harian Metro

De Bruyne pemain serba boleh

-

terakhir Kevin De Bruyne beraksi di Piala Dunia, dia sama seperti kebanyakan rakan sepasukann­ya di Belgium mentah dan tiada pengalaman.

Tetapi di Russia, dia bersama deretan bintang negaranya seperti Eden Hazard, Romelu Lukaku, Thibaut Courtois tiba dengan pengalaman, di prestasi terbaik dan sekali lagi status calon juara.

Cemerlang bersama juara Inggeris, Manchester City musim ini, tidak salah untuk melabel De Bruyne sebagai perancang moden terbaik dunia ketika ini.

Selain bijak dalam umpanan bola tinggi mahupun pendek, dia memiliki kemampuan untuk meledak gol dan rajin membantu rakan sepasukan di benteng pertahanan.

Ditambah dengan kekuatan dan kualiti yang dimiliki rakan sepasukann­ya termasuk Lukaku, Hazard, Courtois, Jan Vertonghen, Vincent Kompany, jelas ia pasukan yang patut digeruni.

Diundi bersama England, Panama dan Tunisia, ramai menjangkak­an Belgium bukan saja mampu muncul sebagai juara kumpulan, malah menjulang kejuaraan.

Begitupun, bagi De Bruyne, melepasi saingan awal sebagai juara mampu memberi kelebihan.

“Apabila kami pergi ke Piala Dunia, sasaran pertama jelas adalah mara melebihi peringkat kumpulan, jika boleh selaku juara,” kata De Bruyne.

“Tapi, ia adalah tugas yang sukar. Kamu tidak boleh memandangn­ya dengan mudah. Malah kami diundi bersama England. Pasti sukar melepasi mereka, tapi kami sudah bersedia. Ia akan menjadi perlawanan yang akan diingati.”

Sekali pun tewas dalam perebutan anugerah Pemain Terbaik England kepada bintang Liverpool, Mohamed Salah, De Bruyne dinobat Pemain Tengah Terbaik EPL dan disenarai dalam Pasukan Terbaik PFA selain dinamakan sebagai pemain terbaik kelabnya untuk kali kedua.

Justeru, ramai pengkritik berpendapa­t dia mampu memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia jika Belgium menjulang trofi di Russia.

“Satu kebanggaan apabila pengkritik mengatakan­nya. Tapi, kamu perlu membuktika­nnya di atas padang yang kamu adalah yang terbaik,” kata De Bruyne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia