Harian Metro

J JERMAN NYARIS AIB

- Reuters

Madrid

uara dunia, Jerman berjaya mengekang kejutan lawan pada saat akhir apabila menewaskan Arab Saudi 2-1 awal pagi semalam, sekali gus meraih kemenangan pertama tahun ini selepas lima perlawanan sebagai persiapan ke Piala Dunia.

Iran, Croatia dan Switzerlan­d turut mencatat kemenangan sementara Poland terikat 2-2 dengan Chile.

Jerman dilihat mampu menang selesa selepas cuba menangkis prestasi terburuk mereka sejak 30 tahun lalu apabila Timo Werner membuka jaringan dan gol Omar Hawsawi ke gawang sendiri menggandak­an kelebihan mereka pada separuh masa pertama.

Namun, Arab Saudi yang juga akan bertandang ke Russia segera bangkit dengan melakukan ancaman hasil serangan balas.

Mereka berjaya merapatkan jaringan apabila Taisir Al-Jassim meledak bola lantunan selepas penalti Mohammad Al-Sahlawi ditepis Marc-Andre ter Stegen lima minit sebelum tamat permainan.

Al-Sahlawi kemudian berpeluang mendapatka­n sepakan penalti kedua ketika wisel penamat apabila dia dikasari Mats Hummels ketika Jerman bertahan untuk memastikan kemenangan.

Jurulatih Jerman,

Joachim Loew meluahkan

 Anak buah Loew menang tipis, berjaya sekat

kebangkita­n Arab Saudi saat akhir

kekecewaan­nya apabila setiap bola yang dibawa Ilkay Gundogan disambut dengan ejekan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Peminat Jerman ternyata berang dengan gambar yang diambil pemain itu dengan presiden Turki, Tayyip Erdogan bulan lalu dan menyatakan di dalam mesej sebagai ‘presiden saya’.

“Dia anggota skuad kebangsaan dan perkara itu (ejekan) tidak akan membantu sesiapa,” kata Loew yang kurang senang dengan tindakan mereka.

Jurulatih itu kemudian menyuaraka­n kekecewaan terhadap aksi pasukan berkenaan, namun yakin mereka akan bersedia apabila berdepan Mexico dalam perlawanan pertama Piala Dunia pasukan itu

Ahad de-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia