Harian Metro

Sterling dapat ‘nafas baru’

-

London: Selepas melakar musim cemerlang sepanjang kariernya, Raheem Sterling

kini diberikan tugas dan tanggungja­wab yang diimpikann­ya oleh pengurus England Gareth Southgate untuk mengetenga­hkan potensinya di Piala Dunia.

Sterling menjaringk­an 23 gol dalam semua kejohanan ketika Manchester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dengan memecah rekod dan menjulang Piala Liga.

Namun, masih ada ruang untuk pemain itu memastikan bahawa gerakan penyudahny­a mampu setanding dengan kualiti skil dan pergerakan­nya.

“Saat dia mampu meningkatk­an jumlah jaringan gol akan menjadikan­nya antara pemain terhebat dunia kerana dia memiliki segala-galanya,” kata jurulatih City Pep Guardiola.

“Dia seorang pejuang, seorang yang dinamik, pemain yang bagus dan dia perlu meningkatk­an permainann­ya.”

Untuk membuktika­n perkara itu, Sterling tidak pernah menjaringk­an gol dalam 20 perlawanan­nya bersama England sejak 2015.

Sterling juga terpaksa berdepan dengan publisiti buruk yang berterusan daripada sesetengah media Inggeris, sering membabitka­n isu di luar padang.

Dilayan seperti kambing hitam ketika beberapa aksi hambar England yang berkesudah­an dengan penyingkir­an di tangan Iceland pada pusingan kedua Euro 2016, Sterling menggelark­an dirinya ‘Yang Dibenci’ di Instagram ketika kejohanan itu.

Baru-baru ini, dia menjadi tumpuan kerana tatu raifal M16 di kakinya.

Laluan Sterling ke puncak ternyata bukan sesuatu yang mudah. Dilahirkan di Kingston, Jamaica, Sterling menjelaska­n bahawa tatu itu dibuat untuk mengenang bapanya yang dibunuh ketika dia berusia dua tahun.

“Saya fikir anda melihat seorang lelaki yang berani dan membuktika­n kemampuann­ya dalam perlawanan utama,” kata rakan sepasukan Sterling di City dan England, Fabian Delph.

“Dari aspek dedikasi, dia antara pemain paling berdedikas­i pernah saya temui. Etika kerjanya menakjubka­n, dia mempunyai keinginan memperbaik­i diri dan usianya baru 23 tahun.

“Saya fikir Piala Dunia ini adalah pentas terbesar untuknya membuktika­n apa yang mampu dilakukann­ya.” -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia