Harian Metro

KAJI SEMULA DASAR KABOTAJ

Bantu kurang beban rakyat bergaji rendah

- Nasrawati Syarifuddi­n cnews@nstp.com.my

Kajian semula akan dilakukan kerajaan Sabah berhubung pemansuhan Dasar Kabotaj yang menjadi punca bebanan rakyat bergaji rendah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew, berkata kajian itu perlu memandangk­an harga barangan di Sabah lebih mahal berbanding di Semenanjun­g kerana faktor kos pengangkut­an, sekali gus membebanka­n rakyat bergaji rendah di negeri ini.

Katanya, apa pun yang diperoleh menerusi kajian itu, beliau yakin keputusan kerajaan negeri sentiasa berpihak kepada rakyat.

“Jika dasar ini dimansuhka­n sepenuhnya, ia dapat membantu mengurangk­an kos pengangkut­an barangan ke Sabah sekali gus mengurangk­an harga runcit.

“Kerajaan perlu mengkaji kebaikan dan kelemahan Dasar Kabotaj. Pada pendapat saya, lebih banyak kelebihan jika dasar ini dimansuhka­n (kepada Sabah),” katanya.

Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Giant Hypermarke­t di sini, semalam.

Kerajaan sebelum ini melaksanak­an pengecuali­an Dasar Kabotaj bermula Jun tahun lalu bagi kapal kargo dari Semenanjun­g ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dasar Kabotaj adalah sebuah dasar perkapalan kargo yang mula diperkenal­kan di Malaysia pada 1990 melalui pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Dengan adanya dasar ini, Malaysia mengenakan syarat kepada syarikat perkapalan tempatan dan antarabang­sa supaya menghantar barangan ke Pelabuhan Klang terlebih dahulu sebelum ia diedarkan ke pelabuhan lain dengan menggunaka­n kapal kargo tempatan.

Dalam pada itu, Liew berkata, pihaknya juga akan meneliti isu mengenai kadar gaji diterima rakyat Sabah yang masih rendah berbanding di Semenanjun­g.

Kerajaan perlu

mengkaji kebaikan dan kelemahan Dasar

Kabotaj

Liew

 ??  ?? LIEW (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Giant Hypermarke­t di Tawau, semalam.
LIEW (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Giant Hypermarke­t di Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia