Harian Metro

‘Perlu tetapkan garis masa’

-

Kuching: Satu garis masa perlu ditetapkan Kerajaan Pusat bagi menyelesai­kan isu membabitka­n hak Sabah dan Sarawak sebagaiman­a termaktub dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, berkata, dia yakin hak Sabah dan Sarawak tidak akan sewenang-wenangnya diabaikan Kerajaan Pusat.

Katanya, janji manifesto PH secara jelas mahu menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk segera melaksanak­an Perjanjian

Malaysia 1963.

“Isu pengembali­an hak kepada Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam manifesto ‘10 Janji 100 Hari’ PH perlu diberi perhatian secepat mungkin. Semakin lama isu berkenaan ditangguhk­an, semakin meruncing isu ini akhirnya.

“Daripada pihak Kerajaan Pusat, perlu ditetapkan garis masa bagi menyelesai­kan apa sahaja isu berbangkit membabitka­n Sabah dan Sarawak,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil berkata, tindakan PETRONAS memfailkan permohonan mendapatka­n pengisytih­aran Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA) diterima pakai sebagai undang-undang industri petroleum di negara ini minggu lalu, jelas memperliha­tkan tuntutan mengenai siapa yang layak menguruska­n sumber minyak dan gas di Sarawak.

“Tanpa rasa curiga dan sangsi, kita perlu meletakkan keyakinan kepada peraturan perundanga­n negara. Namun, lebih baik bagi Kerajaan Pusat mendahuluk­an terlebih dulu tuntutan 20 peratus royalti (minyak dan gas) kepada Sarawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia