Harian Metro

Bekas setiausaha agung PBRS sertai UPKO

-

Kota Kinabalu: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) menyambut baik keputusan bekas pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyertai parti itu.

Ia termasuk tindakan Setiausaha Agung PBRS, Datuk Johnson Tee, yang meninggalk­an parti berkenaan pada Mei lalu dan menyatakan keputusan menyertai UPKO sebagai platform baru politiknya, kelmarin.

Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau, menyifatka­n keputusan berkenaan bukti penerimaan masyarakat Momogun (rumpun Kadazandus­un Murut atau KDM) terhadap UPKO sebagai parti pilihan masyarakat itu.

“Saya menggesa semua ahli parti dan rakyat Sabah untuk menyuaraka­n hak mereka dan saya mahu UPKO menjadi platform kepada semua.

“Dengan membawa bersama individu yang mempunyai pemikiran sama untuk menyumbang dalam proses membuat keputusan, UPKO bukan saja menjadi suara rakyat Sabah, malah lebih penting lagi ia akan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri, berkata UPKO akan terus memberi ruang kepada setiap ahlinya untuk menyuaraka­n pendapat masing-masing.

“Setiap ahli memiliki suara penting yang dapat menambah kekuatan parti. Dengan menyatukan semua orang dalam perjuangan dan kerja kita, semua boleh mengambil bahagian dan ada rasa pemilikan untuk menjadi sebahagian daripada parti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia