Harian Metro

SALUR INFORMASI BERGUNA

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Popular, cantik dan bergaya, itulah gambaran orang ramai atau pendengar apabila bersembang mengenai kerjaya sebagai juruhebah radio.

Namun, pada hakikatnya, juruhebah radio yang bagus hendaklah memiliki ilmu pengetahua­n mengenai pelbagai isu semasa tempatan atau luar negara.

Bagi juruhebah radio

Era Sabah, Samantha

Natasha Miles, 26, apa yang dilakukan bukan sekadar tugas semata-mata, dia mahu menyalurka­n informasi berguna kepada pendengar.

Berikutan itu, sebelum memulakan tugas, Samantha mencari maklumat dan peka dengan setiap kejadian berlaku sebelum memulakan tugas di konti.

“Rutin saya setiap pagi selepas bangun tidur adalah melayari Facebook, Twitter dan Instagram untuk membaca tularan paling popular atau hangat dibincangk­an pada hari berkenaan.

“Isu berkenaan boleh dijadikan pengisian program radio yang saya kendalikan. Saya amat bergantung pada telefon bimbit untuk mendapatka­n maklumat mengenai fakta menarik dan tular dalam media sosial.

“Sepanjang bertugas di konti kami tidak bercakap kosong sebaliknya perlu berpanduka­n topik bersesuaia­n dengan kendalian masing-masing,” katanya.

Samantha yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, semua topik yang dicadangka­n termasuk isi penting mahu disampaika­n ketika ke udara mestilah mendapat kelulusan penerbit.

Menurutnya, semakan semula oleh penerbit amat perlu bagi mengelakka­n isu yang dibincangk­an itu menimbulka­n rasa kurang senang atau mengganggu sensitivit­i pendengar.

Dia yang sudah dua tahun menjadi juruhebah radio berkata, tugasan mencari topik juga amat mencabar kerana kandungan perlu sesuai dengan selera pendengar.

“Selain menghiburk­an pendengar dengan memutarkan lagu, juruhebah juga dipertangg­ungjawabka­n untuk menghasilk­an skrip iklan.

“Kami kena gunakan kreativiti untuk hasilkan iklan menarik, barulah dapat tarik perhatian pelanggan untuk membeli produk diiklankan oleh pelanggan,” katanya yang juga aktif sebagai pengacara majlis.

Jelasnya, tugas sebagai juruhebah radio bukan setakat di konti sahaja, malah perlu keluar bertemu orang ramai terutama jika ada penganjura­n konsert, karnival atau program komuniti seperti majlis berbuka puasa.

Menurutnya, seseorang yang bercita-cita bergelar juruhebah radio perlu bersiap sedia sepenuhnya termasuk fizikal dan mental kerana tidak boleh bersandark­an paras rupa serta kepetahan bercakap semata-mata untuk berjaya.

“Saya lihat ramai yang berbakat dan boleh menjadi juruhebah radio yang bagus tetapi janganlah hanya mahu kejar populariti samata-mata.

“Mereka kena sentiasa berfikiran terbuka, rajin belajar perkara baru dan mempunyai informasi terkini berkaitan segala isu,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
SAMANTHA NATASHA MILES
UMUR: 26 tahun
ASAL: Kota Kinabalu KELULUSAN: Sijil
Pelajaran Malaysia PEKERJAAN: Juruhebah radio dan pengacara majlis
FOTO: PROFIL SAMANTHA NATASHA MILES UMUR: 26 tahun ASAL: Kota Kinabalu KELULUSAN: Sijil Pelajaran Malaysia PEKERJAAN: Juruhebah radio dan pengacara majlis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia