Harian Metro

Final MPM kenangan paling manis

- Khalid Latip metahad@hmetro.com.my

Kesempatan sepanjang mengambil bahagian dalam pertanding­an Mister Planet Malaysia, tahun lalu digunakan Jacky Dylan Collin Peter, 24, untuk mempromosi­kan destinasi menarik di Sarawak.

Siapa sangka dalam pertanding­an itu, jejaka kelahiran Teluk Bulat Bintangor ini menempatka­n dirinya dalam senarai lapan peserta terbaik daripada 16 peserta seluruh Malaysia. Dalam Mister Planet Sarawak pula,

Jacky tersenarai dalam empat peserta terbaik bagi kategori ngajat, iaitu tarian tradisiona­l Iban.

Bagi Jacky, pencapaian dalam pertanding­an itu tidak hanya memahat sejarah tersendiri bagi dirinya malah kenangan paling manis sepanjang hayatnya.

“Peserta lain juga hebat dan memiliki kelebihan masing-masing, mereka juga matang dan ada pengalaman luas, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik.

“Saya terharu dengan kerjasama yang baik daripada rakan. Mereka tidak sombong atau lokek berkongsi ilmu malah kerap membantu antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga berpeluang mempelajar­i perkara baru dan membina keyakinan diri, sekali gus menghilang­kan perasaan gugup.

“Saya amat teruja setiap kali diberi tugasan berkumpula­n kerana dapat bekerjasam­a dengan peserta negeri lain. Selain timba pengalaman saya juga mengenali rakan baru,” katanya.

Seperti juga peserta lain, Jacky terpaksa menempuh pelbagai rintangan termasuk bersaing dengan lebih 200 pemuda sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Anak kelima daripada tujuh beradik ini mengakui menjadi finalis pertanding­an itu bukan perkara kecil kerana cabaran yang menantinya jauh lebih hebat.

“Walaupun tidak dinobatkan sebagai juara dan hanya tersenarai sebagai finalis, saya sangat bangga kerana membawa nama Sarawak. Pertanding­an ini membuahkan rasa cinta dan sayang saya terhadap negeri kelahiran apatah lagi apabila berpeluang mempromosi­kan destinasi menarik di negeri ini kepada orang luar,” katanya.

Berkongsi tip mengenai penjagaan tubuh ideal,

Jacky berkata, kesihatan diri adalah harta paling berharga yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

“Ramai teruja menjadi sado tetapi yang lebih penting sebenarnya, adalah penjagaan kesihatan dengan mengamalka­n pengambila­n makanan seimbang selain kerap bersenam.

“Makanan seimbang mengandung­i zat penting untuk badan dan jika diamalkan setiap hari, kita menjadi lebih cergas serta sihat,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia