Harian Metro

PELUK ISLAM LEPAS NAHAS

 Mualaf terbuka hati peluk Islam selepas terbabit kemalangan

- Mohd Khidir Zakaria cnews@nstp.com.my

“Islam adalah agama yang indah dan membahagia­kan. Saya berasa seperti dilahirkan semula selepas memeluk agama Islam,” ujar mualaf, Nur Muhammad Abdullah, 38, yang terbuka hati memeluk Islam selepas parah akibat kemalangan jalan raya, dua tahun lalu.

“Ketika itu, saya terbabit dalam kemalangan motosikal di Ipoh, Perak dan parah di kepala. Saya dihantar ke Hospital Besar Ipoh sebelum dipindahka­n ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban (HTJS) dan menjalani rawatan hampir setahun.

“Sepanjang berada di HTJS, saya berkawan dengan ramai pesakit beragama Islam. Dari situ, saya mengenali Islam sebagai agama yang indah kerana mengajar umatnya bersabar menerima dugaan.

“Mungkin saya antara hamba-Nya yang diberikan hidayah dan kemalangan itu sebagai penghapus dosa,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Glory Beach Resort di sini, kelmarin.

Bekas mekanik motosikal itu berkata, sebaik keluar dari wad, dia nekad terus ke Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi dan berjumpa dengan Ustaz Zulkarnain Abdullah yang juga mualaf untuk memaklumka­n hasratnya memeluk Islam.

“Ketika itu, pelbagai soalan ditanya kepada saya termasuk kenapa memilih Islam. Saya memaklumka­n ikhlas dan mahu hidup cara Islam.

“Ustaz Zul (Zulkarnain) kemudian mengajar saya mengucap dua kalimah syahadat dan bermulalah episod baru kehidupan diri ini sebagai seorang Muslim. Dua bulan kemudian, Ustaz Zul meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit,” katanya.

Berikutan penghijrah­an itu, Nur Muhammad berkata, adik-beradik tidak dapat menerimany­a sebagai ahli keluarga namun beliau reda.

“Jauh di sudut hati, mereka tetap darah daging saya dan Islam tidak mengajar untuk memusuhi saudara kandung.

“Namun di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafiz, Lukut, saya mempunyai ramai adik-beradik. Saya bahagia di pusat itu yang dikelolaka­n penaung, Mohd Hafidz Eshak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Glory Beach Resort P Subramania­m, berkata hotel itu mengadakan program berbuka puasa setiap tahun termasuk memberi sumbangan Aidilfitri bagi meraikan anak yatim dan saudara baharu.

Program itu turut mendapat kerjasama Gedung Pakaian Hari-Hari dan disertai 50 anak yatim, asnaf serta saudara baru dari Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafiz.

 ??  ??
 ?? Nur Muhammad Abdullah ?? “
Mungkin saya antara hamba-Nya yang diberikan hidayah dan kemalangan itu sebagai penghapus dosa”
NUR Muhammad (dua dari kanan) ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran
Glory Beach Resort Port Dickson.
Nur Muhammad Abdullah “ Mungkin saya antara hamba-Nya yang diberikan hidayah dan kemalangan itu sebagai penghapus dosa” NUR Muhammad (dua dari kanan) ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Glory Beach Resort Port Dickson.
 ??  ?? ANAK yatim, asnaf dan saudara baru menerima sumbangan duit raya.
ANAK yatim, asnaf dan saudara baru menerima sumbangan duit raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia