Harian Metro

PORTAL UNTUK WANITA

 NSTP lancar portal gaya hidup vertikal buat wanita

- Halim Said, Izlaily Nurul Ain Hussein dan Mohd Fahmi Mohd Yusof cnews@nstp.com.my

Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) melancarka­n portal gaya hidup vertikal buat wanita, Hijab & Heels sempena Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Johor (PERSADA) di sini, semalam.

Majlis pelancaran portal www.hijabnheel­s.com disempurna­kan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Farnida Ngah.

Hadir sama, Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengurus Besar Gaya Hidup Wanita Vertikal, Angeline Tan Leng Ean.

Leng Ean berkata, tujuan portal itu diwujudkan untuk menarik minat wanita yang mempunyai keinginan tidak terbatas kepada kehidupan seharian.

“Di sinilah tempatnya di mana wanita boleh mengikuti trend terkini dan cara bagaimana mencapai keyakinan diri lebih tinggi dan motivasi yang betul untuk berubah.

“Kami akan memberi pandangan dan nasihat terbaik untuk mereka dalam menghadapi perubahan ini dengan jayanya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran itu, semalam.

Hijab & Heels adalah jenama platform digital pertama dilancarka­n pasukan Gaya Hidup Wanita Vertikal NSTP yang terhasil daripada gabungan pasukan editorial dengan bahagian pembanguna­n produk dan pengurusan jenama.

Portal ini menyediaka­n suatu penyelesai­an gaya hidup menarik, trend gaya hidup terkini serta tip fesyen dan kecantikan yang bernafas baru.

Antara kandungan dalam seksyen disediakan portal itu seperti kecantikan dan fesyen, kesihatan dan kecergasan, kekeluarga­an serta makanan dan libur di dalam portal gaya hidup berkenaan.

Menyasarka­n wanita Islam berusia antara 18 hingga 45 tahun, dari pelajar dan eksekutif kepada pekerja profesiona­l serta suri rumah, Hijab & Heels melengkapi keperluan harian wanita moden yang celik media sosial.

 ??  ??
 ??  ?? KAMAL (lima dari kiri) bersama Abdul Jalil (tiga dari kiri), Farnida (tengah) dan Tan (kanan) pada pelancaran portal Hijab & Heels sempena Festival Anggun Life di PERSADA, semalam.
KAMAL (lima dari kiri) bersama Abdul Jalil (tiga dari kiri), Farnida (tengah) dan Tan (kanan) pada pelancaran portal Hijab & Heels sempena Festival Anggun Life di PERSADA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia