Harian Metro

NINJA RONDA JAGA KL

 Pasukan khas 52 anggota banteras jenayah pada musim perayaan ini

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Jangan berani cuba melakukan jenayah di ibu kota berikutan wujudnya Team Ninja membabitka­n Unit Rondaan Bermotosik­al Polis Kuala Lumpur yang akan mengawasi dan mencegah jenayah pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Pasukan gerak pantas itu membabitka­n seramai 52 pegawai dan anggota polis yang akan menjalanka­n rondaan dengan menggunaka­n motosikal lasak Kawasaki Scrambler KLX 250.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata Team Ninja akan menjalanka­n tugasan pemantauan di daerah Dang Wangi, Cheras, Sentul, Brickfield­s dan Putrajaya.

“Penempatan pasukan ini sedikit sebanyak akan membantu penugasan rondaan dan pemantauan yang turut dijalankan oleh Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang membabitka­n seramai 270 orang dan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) seramai 216 orang.

“Op Selamat kali ini bukan hanya membabitka­n Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) malah keseluruha­n elemen dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya dikurangka­n selain kes jenayah dapat dibanteras,” katanya dalam sidang media sempena Op Selamat 13/2018, di Jalan Esfahan di sini, semalam.

Beliau berkata untuk penugasan trafik, seramai 14 pegawai dan 185 anggota JSPT akan terbabit dalam Op Selamat 13 di 10 lokasi yang sering berlaku kemalangan.

“10 lokasi itu adalah Jalan Kepong, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Lebuhraya Seremban, Jalan Sentul; Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Connought/Lingkaran Tengah dan Jalan Sungai Besi.

“Selain itu, polis juga tidak menolak kemungkina­n akan mengadakan sekatan jalan raya pada musim perayaan ini namun tertumpu lokasi yang tidak sibuk bagi mengelak berlakunya kesesakan teruk,” katanya. Mazlan berkata pada musim perayaan ini juga orang ramai turut disarankan untuk mendaftark­an diri melalui sistem aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) bagi membantu mencegah jenayah di kawasan masing-masing. Melalui aplikasi sama, ia memberi kemudahan kepada pengguna telefon pintar untuk menyalurka­n maklumat atau aduan dilengkapi gambar atau video mengenai kejadian jenayah

“Penempatan pasukan ini sedikit sebanyak akan membantu penugasan rondaan dan pemantauan yang turut dijalankan oleh URB” Mazlan Lazim

 ??  ??
 ??  ?? TEAM Ninja bakal membantera­s jenayah di sekitar ibu kota dan Putrajaya pada musim
perayaan ini.
TEAM Ninja bakal membantera­s jenayah di sekitar ibu kota dan Putrajaya pada musim perayaan ini.
 ??  ?? TEAM Ninja menggunaka­n motosikal lasak Kawasaki Scrambler KLX 250 untuk membuat rondaan.
TEAM Ninja menggunaka­n motosikal lasak Kawasaki Scrambler KLX 250 untuk membuat rondaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia