Harian Metro

REMPIT RAYA RM165,000

Mereka merempit di malam bulan Ramadan kerana ganjaran wang hingga RM165,000 yang boleh digunakan untuk belanja sakan ketika Aidilfitri. Namun, tindakan penganjur yang bangga menceritak­an kejayaan acara rempit di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampira­n

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin.

“Pihak polis mengesan status itu melalui satu blog bertajuk ‘Selepas game RM60k pertaruhan lumba haram cecah RM160k Y15ZR bukan level rempit’ berkaitan perlumbaan motosikal antara dua kumpulan bengkel di Kilometer 218 hingga 220, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)”

Sumber

Bukan calang-calang pertaruhan apabila perlumbaan mat rempit di lebuh raya kini menawarkan ganjaran hadiah wang tunai lumayan sehingga RM165,000 terutama untuk yang mencari duit raya mudah. Kegiatan itu terbongkar susulan tindakan berani seorang penganjur perlumbaan memuat naik status di laman sosial

Facebook berhubung kejayaan penganjura­n aktiviti itu membabitka­n dua kumpulan bengkel motosikal.

Susulan itu lima individu diberkas polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Selangor dan Perlis, Khamis lalu.

Sumber polis berkata, aktiviti haram itu dibongkar selepas polis mendapat maklumat aktiviti itu melalui status FB individu dikenali sebagai Matt Yie yang menyampaik­an ucapan tahniah kepada pemenang dalam pertanding­an itu yang dikatakan memenangi wang berjumlah RM165,000.

“Pihak polis mengesan status itu melalui satu blog bertajuk ‘Selepas game RM60k pertaruhan lumba haram cecah RM160k Y15ZR bukan level rempit’ berkaitan perlumbaan motosikal antara dua kumpulan bengkel yang diadakan di Kilometer 218 hingga 220, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampira­n Taiping, Perak Khamis lalu.

“Hasil maklumat itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan

Trafik (JSPT) Bukit Aman membuat serbuan berasingan di dua bengkel motosikal masing-masing di Gombak, Selangor dan Kangar, Perlis bermula jam 7.30 malam hingga 11.30 malam,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, polis menahan tiga lelaki di sebuah bengkel di Gombak, Selangor.

“Mereka mengaku sebagai mekanik dan berada di lokasi perlumbaan ketika kejadian.

“Dalam serbuan itu, kami merampas sebuah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna merah yang digunakan ketika perlumbaan berkenaan.

“Manakala dalam serbuan kedua, polis menahan dua lelaki di sebuah bengkel di Kangar, Perlis termasuk pemilik bengkel berkenaan. Polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru dalam serbuan itu,” katanya.

Katanya, hasil siasatan dilakukan mendapati kedua-dua bengkel berkenaan mengatur perlumbaan yang dimenangi oleh bengkel di Perlis membabitka­n wang pertaruhan RM165,000.

“Semua suspek yang ditahan mengaku terbabit dalam perlumbaan itu dengan peranan masing-masing sebagai penunggang yang juga pemenang, mekanik dan penganjur yang mengutip wang pertaruhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 81 (2) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI dua pelumba haram yang dirakam melalui telefon bimbit penonton Khamis lalu.
AKSI dua pelumba haram yang dirakam melalui telefon bimbit penonton Khamis lalu.
 ??  ??
 ??  ?? DUA motosikal berlumba secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
DUA motosikal berlumba secara berbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia