Harian Metro

Bapa saudara Rizky tampil

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 JKM dimaklum cerita sebenar bapa budak malang

Bapa saudara kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Rizky, 5, yang ditinggalk­an bapa kandungnya di Hospital Serdang pada 21 Februari lalu sudah bertemu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 7 Jun lalu.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya Mohd Hafifi Mohd Ariff berkata, lelaki berusia 20-an yang juga adik kepada bapa kandung Rizky datang bertemunya di pejabat untuk memberikan bukti dan dokumen berkaitan selepas berita mengenai kanak-kanak terbabit disiarkan akhbar ini pada 6 Jun lalu.

Katanya, berdasarka­n keterangan lelaki itu dia memaklumka­n bapa kandung Rizky adalah penagih dadah tegar dan sering membawa kanak-kanak terbabit di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur sebelum ini.

“Dia juga memaklumka­n ibu Rizky adalah wanita warga Indonesia. Difahamkan, Rizky tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah kerana kelahirann­ya tidak didaftarka­n.

“Kali terakhir dia (bapa saudara) bertemu Rizky dan abangnya pada Jun tahun lalu memandangk­an hubungan mereka renggang kerana tabiat bapa kanak-kanak terbabit yang menagih dadah,” katanya memaklumka­n keluarga mereka berasal dari Kuching, Sarawak.

Mohd Hafifi berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada lelaki itu adalah waris sebenar Rizky sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan di bawah jagaan pihak berkenaan.

“Walaupun lelaki itu mengemukak­an dokumen berkaitan bapa kandung kanak-kanak terbabit berdasarka­n nama serta gambar mereka namun siasatan perlu dijalankan mengikut prosedur ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain itu JKM Subang Jaya turut menerima tiga panggilan telefon yang mendakwa waris kanak-kanak terbabit.

“Tiga panggilan kami terima daripada dua lelaki mendakwa bapa saudara kanak-kanak terbabit dan seorang kenalan bapanya Khamis lalu (7 Jun) kira-kira jam 8 pagi selepas laporan mengenai Rizky disiarkan akhbar (Harian Metro) Rabu lalu (6 Jun).

“Seorang daripada bapa saudara kanak-kanak terbabit sudah bertemu saya,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, akhbar ini melaporkan Rizky ditinggalk­an bapa kandungnya dikenali sebagai Mohd Faizal Adenan selepas dihantar ke unit kecemasan hospital berkenaan apabila kanak-kanak terbabit parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.

Lelaki itu menghilang­kan diri ketika Rizky menerima rawatan dan gagal dikesan sehingga kini menyebabka­n laporan polis dibuat Hospital Serdang berhubung kejadian.

Rizky kemudian dihantar ke Wad Neuro Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan plastik berikutan kecederaan pada kepalanya selain pemeriksaa­n gigi dan tulang di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL untuk menentukan anggaran usia kanak-kanak terbabit.

Pada 12 April lalu, Rizky dibenarkan keluar wad dan diserahkan kepada JKM Subang Jaya sebelum ditempatka­n di Rumah Kebajikan Kanak-kanak BRDB Rotary sehingga penempatan tetap kanak-kanak terbabit diputuskan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 7 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro 7 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia