Harian Metro

Imam dipijak lepas sahur

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Imam surau Madrasah Al-Madrasathu­l Munawwarah dibelasah dua lelaki sebelum wang tabung surau berjumlah RM2,000 dilarikan

Muka ditutup dengan kain sebelum dipukul dan dipijak. Itu nasib menimpa seorang imam surau Madrasah Al-Madrasathu­l Munawwarah, Semenyih Sentral di sini, apabila dibelasah dua lelaki sebelum melarikan wang tabung surau membabitka­n kerugian RM2,000, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengerusi surau yang dimaklumka­n oleh jemaah lain melihat lampu surau berkenaan menyala, namun pagarnya berkunci pada jam 6.25 pagi.

“Lelaki itu pergi ke surau berkenaan untuk menutup semua lampu sebelum beredar. Dia kemudian melihat sebuah kereta berwarna putih berada di depan surau, namun tidak mengesyaki sesuatu.

“Beberapa minit kemudian, dia sekali lagi pergi ke surau dan mendapati lampu masih menyala lalu dia mencari imam yang tinggal di sebuah bilik di madrasah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaa­n lelaki itu mendapati imam terbabit tiada di bilik dan surau berkenaan dalam keadaan berselerak, selain tabung turut dipecahkan.

“Selepas beberapa minit, mangsa pulang ke surau itu dan memaklumka­n dia disamun dua lelaki.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, dia berjalan berseorang­an menuju ke madrasah itu selepas bersahur di kawasan berhampira­n sebelum ditahan dua lelaki menaiki kereta,” katanya.

Beliau berkata, mangsa memaklumka­n dia diugut suspek terbabit menggunaka­n kayu dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Difahamkan, mangsa dibawa ke sebuah premis berhampira­n Pasar Semenyih dalam keadaan mukanya ditutup dengan kain sebelum dipukul dan dipijak.

“Suspek meminta wang RM5,000 sebagai syarat untuk dilepaskan, namun mangsa memberitah­u dia tiada wang.

“Mangsa memberitah­u ada wang di surau berkenaan yang juga tempat tinggalnya bagi mengelak terus dipukul oleh suspek,” katanya.

Katanya, suspek terbabit merampas kunci surau dan meninggalk­an mangsa di Batu 3, Kampung Bahagia, Jalan Bangi Lama di sini.

“Mangsa yang cedera di bahagian badan dan lebam di mata akibat dipukul pulang ke surau berkenaan dengan menaiki teksi sebelum membuat laporan di Balai Polis Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENJENAYAH turut menyelongk­ar surau untuk mencari barangan berharga.
PENJENAYAH turut menyelongk­ar surau untuk mencari barangan berharga.
 ??  ?? TABUNG surau yang dipecahkan
dua penyamun yang sebelumnya menahan imam
surau.
TABUNG surau yang dipecahkan dua penyamun yang sebelumnya menahan imam surau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia