Harian Metro

JOM BALIK KAMPUNG

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

 Orang ramai mula perjalanan pulang ke kampung halaman

Kuala Lumpur

Tinggal empat hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri pada Jumaat ini, orang ramai dilihat mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti terutama yang menggunaka­n perkhidmat­an awam seperti bas ekspres.

Tinjauan Harian Metro di Terminal Bersepadu

Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini, semalam mendapati ramai warga kota mula memenuhi terminal bas ekspres berkenaan sama ada untuk membeli tiket atau menunggu masa perjalanan.

Sehingga jam jam 2 petang semalam, keadaan di TBS masih terkawal tanpa berlaku sebarang kesesakan, bagaimanap­un suasana itu dijangka mula berubah pada hari seterusnya.

Tinjauan turut mendapati kebanyakan yang berada di TBS semalam adalah kumpulan warga kota yang akan pulang awal ke kampung untuk bercuti dan kebanyakan mereka adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar ibu negara dan negeri berhampira­n.

Nurul Husna Abd Rahman, 20, antara yang pulang awal ke kampung untuk menyambut Aidilfitri kali ini walaupun terpaksa ‘transit’ di TBS menukar bas ekspres untuk ke Manjung, Perak, dari Batu Pahat, Johor.

Menurut penuntut jurusan kejurutera­an awam

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat itu, dia membeli tiket lebih awal sejak minggu lalu secara dalam talian kerana bimbang tiket ke destinasi yang ditujunya habis terjual.

“Mungkin tarikh saya pulang ke kampung masih awal. Tiket bas untuk ke Manjung dari Kuala Lumpur masih ada ketika saya membelinya.

“Begitu juga tiket bas ke Kuala Lumpur dari Batu

Pahat hari ini (semalam) kerana tiada perkhidmat­an bas terus untuk ke Manjung dari Batu Pahat disediakan,” katanya.

Bagi Meor Muaz Meor Nadzri, 21, dia berterima kasih kepada seorang rakannya yang menuntut di ibu negara kerana menolongny­a membeli tiket bas untuk pulang ke Kodiang, Kedah, sejak dua minggu lalu.

Penuntut jurusan syariah Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Aceh, Indonesia itu yang baru tiba dengan penerbanga­n dari Aceh dan menyambung perjalanan menaiki bas ekspres ke Kangar, Perlis untuk bercuti, semalam.

“Penerbanga­n saya tiba di klia2 kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan terus ke TBS untuk sambung perjalanan ke Kangar sebelum ke Kodiang.

“Mujur beli tiket lebih awal kerana saya diberitahu banyak tiket bas sudah habis terjual pada tarikh hari ini (semalam),” katanya.

Selain orang ramai yang mahu pulang ke kampung, masih ramai juga yang ke TBS semalam mencuba nasib membeli tiket bas untuk pulang beraya pada tarikh dua atau sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Kebanyakan mereka kecewa kerana kebanyakan tiket bas terutama untuk perjalanan ke utara dan pantai timur sudah habis terjual.

Bagi Abd Hadie Akmal Abd Halim, 26, dia terpaksa memikirkan alternatif lain untuk pulang beraya di Kuantan, Pahang kerana tiket bas pada tarikh diinginkan sudah habis terjual sama ada di TBS mahu pun di Terminal Bas Seremban.

“Saya bekerja di Port Dickson (Negeri Sembilan) dan sudah cuba mencari tiket bas ke Kuantan dari Seremban pada Rabu ini, tetapi gagal.

 ?? Meor Muaz Meor Nadzri
Abd Hadie Akmal Abd Halim ?? Mujur beli tiket lebih awal kerana saya diberitahu banyak tiket bas sudah habis terjual pada tarikh hari ini (semalam)” Cubaan saya mencari tiket di TBS juga gagal, mungkin terpaksa menumpang rakan yang mahu pulang ke destinasi sama kerana cuti baru...
Meor Muaz Meor Nadzri Abd Hadie Akmal Abd Halim Mujur beli tiket lebih awal kerana saya diberitahu banyak tiket bas sudah habis terjual pada tarikh hari ini (semalam)” Cubaan saya mencari tiket di TBS juga gagal, mungkin terpaksa menumpang rakan yang mahu pulang ke destinasi sama kerana cuti baru...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia