Harian Metro

Tergamak awak...

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah...berkat doa anda semua (keadaan) Aisya semakin pulih. Kadangkala demam tapi selepas Maghrib semalam, Aisya dah boleh bangun sendiri, malah berlari main dengan saya dan suami,” kata Siti Noorfadila­h Yusofe, 30.

Siti Noorfadila­h adalah ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan yang dilarikan lelaki warga Nepal selepas memecah masuk kediaman keluarga wanita itu di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, pada Khamis lalu.

Dia berkata, keluargany­a bersyukur dengan keadaan semasa anak bongsunya dan berharap traumanya berkaitan kejadian hilang.

“Syukur sangat-sangat...trauma dia bakal habis. Dah boleh ketawa bila saya main-main dengan dia (Aisya). Dah boleh bercakap dengan saya semula.

“Walaupun muka masih teruk tapi tetap bersyukur dengan perubahan ini. Terima kasih, Aisya menjadi kuat untuk kami semua. Terika kasih semua yang terus mendoakan Aisya,” katanya menerusi entri yang dimuat naik ke laman sosial Facebook miliknya.

Dalam kejadian jam 5 pagi, bayi perempuan berusia 17 bulan itu dilarikan individu yang tidak dikenali selepas memecah masuk rumah keluargany­a.

Nur Aisyah ditemui dan diselamatk­an polis jam 3.45 petang di sebuah kawasan belukar satu kilometer dari rumah keluargany­a.

Nur Aisyah masih ditempatka­n di dalam wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dalam keadaan stabil dan ditemani Siti Noorfadila­h.

Sementara itu, Siti Noorfadila­h menerusi laman sosial sama meluahkan kekesalann­ya terhadap suspek dalam kejadian terbabit yang disifatkan sebagai kejam dan berhati iblis kerana sanggup melakukan perkara itu kepada Aisya yang masih kecil.

“Wahai si pelaku Aisya...ketahuilah kehidupan Aisya dari lahir hingga awak (suspek) perlakukan begitu sangat-sangat penat melawan penyakit dia.

“Tergamak awak tambahkan lagi derita yang dia ada. Sungguh kejam kamu...sungguh berhati iblis kamu.

“Saya sebagai ibunya tak benarkan dia keluar kerap dari bilik kerana Aisya mudah

 Ibu Nur Aisyah luah perasaan

alergic (alahan) jika digigit serangga dan nyamuk tapi tergamak awak campak dia dimakan kerengga dan nyamuk. Sungguh zalim,” katanya.

Siti Noorfadila­h berkata, dia tidak tahu motif suspek sanggup memperlaku­kan begitu kepada anaknya.

“Sungguh dahsyat kamu beri dugaan kepada kami. Kenapa Aisya? Kenapa kami? Hingga kini kami tertanya-tanya apakah motif sebenar. Kita tak pernah kenal apatah lagi berkawan tapi kamu seksa kami sebegini rupa.

“Ya, kami tak kuat...bila nampak kami dah senyum ketawa, percayalah hati kami sebak sakit dengan apa yang terjadi. Dada penuh dengan tanda tanya.

“Kenapa perlu nyawa kami kamu seksa...terlalu kecil bagi Aisya terima seksaan ini. Wahai Aisya, mama harap teruskanla­h kekuatanmu kerana kekuatanmu adalah semangatku untuk tempuhi hari-hari yang mendatang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Aisyah ditenangka­n bapanya, Hasmizan Othman di wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
NUR Aisyah ditenangka­n bapanya, Hasmizan Othman di wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia