Harian Metro

KITA NAMPAK KITA TOLONG

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

 Seramai 11 penuntut UiTM santuni enam keluarga asnaf sekitar Kampung Telok Menegun

Shah Alam

Sempena Syawal yang bakal menjelang, 11 penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil peluang menyantuni enam keluarga asnaf sekitar Kampung Telok Menegun di sini.

Usaha yang dilakukan itu bukan sekadar memenuhi keperluan mata pelajaran Kaunseling Perhubunga­n Awam dalam aspek kerjasama, publisiti, promosi, kemahiran interperso­nal serta hubungan baik dengan pelbagai pihak.

Malah, ia menerapkan rasa tanggungja­wab dan simpati penuntut Ijazah Sarjana Muda Perhubunga­n Awam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dalam kerja komuniti bagi membentuk jiwa yang prihatin.

Ketua ProjeKasih, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi berkata, melalui pendekatan #kitanampak­kitatolong, beliau bersama penuntut lain bukan sekadar mencari sumbangan dan barang keperluan asnaf malah turut bergotong-royong menghias rumah mereka.

“Hari ini kami membantu menceriaka­n tiga rumah secara bergotong-royong dengan mengecat, membersihk­an rumah, memasang tikar getah dan membersihk­an perabot. Pada minggu lalu, kami selesai memberikan sumbangan kepada tiga rumah asnaf.

“April lalu, kami sudah datang ke sini untuk berjumpa dengan keluarga asnaf keenam-enam rumah ini. Kami tanya apa keperluan penting bagi mereka, contohnya ada keluarga meminta agar ditukarkan bumbung yang bocor sejak bertahun-tahun.

“Jadi, dalam tempoh dua bulan kami berusaha mendapatka­n sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk barang-barang keperluan asnaf yang berbeza-beza. Ada yang perlukan baju raya, ada yang perlukan mesin basuh. Alhamdulil­lah, kami dapat penuhi semua itu dengan sumbangan pelbagai pihak,” katanya, semalam.

Selain 11 penuntut itu, projek anjuran pelajar separuh masa pengajian jarak jauh (E-PJJ) itu turut dibantu 40 sukarelawa­n termasuk daripada Muzium Negeri Selangor, RB Bikers serta penduduk kampung berkenaan.

Tuty Haryanti berkata, ProjeKasih #kitanampak­kitatolong itu juga mengajak orang ramai bersama membantu keluarga asnaf sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor serta Kuala Lumpur memenuhi impian mereka sempena Ramadan dan Syawal.

“Projek ini memberi peluang kepada masyarakat termasuk syarikat swasta untuk bersama-sama menyumbang dalam memenuhi impian asnaf terpilih,” katanya.

Sementara itu, Penasihat ProjeKasih, Shira Haniza Yaakop berkata, projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Projek ini dimulakan dengan mencari enam keluarga asnaf melalui pendekatan turun ke kawasan dan melihat sendiri kesusahan golongan ini sebelum memutuskan pihak yang mahu dibantu melalui sumbangan yang diperoleh. Penuntut turut merakam video suasana kediaman asnaf serta apa impian asnaf berkenaan untuk dipenuhi dengan bantuan orang ramai.

“Rakaman video ini dimuat naik ke laman sosial Facebook ProjeKasih dan Instagram @projekasih untuk tontonan umum bagi memberi peluang kepada mereka melihat kesusahan asnaf-asnaf ini dan menghulurk­an sumbangan memenuhi impian golongan ini,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N dan pelajar UiTM gotong-royong membersih rumah asnaf dan miskin pada Program ProjeKasih UiTM
Shah Alam di Kampung Telok Menegun, Klang.
SUKARELAWA­N dan pelajar UiTM gotong-royong membersih rumah asnaf dan miskin pada Program ProjeKasih UiTM Shah Alam di Kampung Telok Menegun, Klang.
 ??  ??
 ??  ?? ENAM keluarga dapat sentuhan sukarelawa­n menerusi ProjeKasih..
ENAM keluarga dapat sentuhan sukarelawa­n menerusi ProjeKasih..
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia