Harian Metro

Tanda syukur pembinaan semula pasar raya

-

Baling: Pasaraya Ekonomi Rakyat Sdn Bhd yang siap dibina semula selepas terbakar pada 2016 berkongsi kegembiraa­n dan kesyukuran dengan menyalurka­n sumbangan kepada lebih 300 asnaf di daerah ini.

Pengarah Urusannya, Mohammed Nazaran Khan Mohamed Khan berkata, program julung kali itu sebagai perkongsia­n tanda syukur apabila pasar raya yang dibina semula di Kampung Bukit Tinggi, Kupang kembali beroperasi selepas kedai lama mereka iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Kampung Chenerai, Kuala Pegang, terbakar.

“Niat kami hanya mahu membantu dan berkongsi kegembiraa­n bersama golongan yang memerlukan terutama berpendapa­tan rendah. Saya harap sumbangan ini dapat mengurangk­an sedikit bebanan mereka dalam melakukan persiapan menyambut Hari Raya nanti.

“Selain di Baling, kami turut menyerahka­n sumbangan di cawangan Kulim, Seberang Jaya dan Bertam, Pulau Pinang dengan nilai peruntukan sumbangan berjumlah RM150,000,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan Perdana Hari Raya Aidilfitri 2018 bersama Pasaraya Ekonomi di sini, semalam.

Menurutnya, hasil sumbangan itu adalah zakat perniagaan yang wajib dikeluarka­n bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan.

“Apatah lagi mereka akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, sekurangku­rangnya ia dapat meringanka­n bebanan perbelanja­an perayaan.

“Program sebegini akan dilakukan setiap tahun dan mungkin diperluask­an ke beberapa kawasan lagi supaya lebih ramai golongan asnaf menerima bantuan,” katanya.

Sementara itu, penerima, Samsiah Kadir, 63, berkata, dia gembira apabila diminta ke pasar raya itu untuk menerima sumbangan.

“Sumbangan ini amat bermakna bagi saya selepas bergelar ibu tunggal sekali gus dapat meringanka­n beban perbelanja­an,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMED Nazaran menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.
MOHAMMED Nazaran menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia