Harian Metro

‘Ku Li lebih layak dipilih sebagai Presiden UMNO’

-

Kuala Lumpur: EXCO Pemuda UMNO, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatka­n Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dikenali Ku Li, adalah pemimpin yang lebih layak untuk dipilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

Onn Hafiz yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong berkata, Ku Li memiliki kriteria dan ciri-ciri pemimpin yang diperlukan UMNO untuk berdepan dengan pemimpin ‘gergasi’ Pakatan Harapan (PH).

Cicit Datuk Onn Jaafar yang kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang berkata, berdasarka­n maklum balas yang beliau terima, UMNO memerlukan seorang pemimpin berpengala­man.

“Pemimpin itu mampu menyemai nilai murni pada UMNO seperti ia mula dilahirkan. Beliau juga pemimpin yang intelektua­l untuk berhadapan dengan gergasi pemimpin PH.

“Seorang pemimpin yang berwibawa, berjalan di atas landasan disenangi rakyat dari segi perwatakan dan ideologiny­a yang mempunyai buah fikiran untuk menggerakk­an parti seperti pada zaman kegemilang­an UMNO.

“Apa yang lebih penting, kita memerlukan seorang pemimpin (yang) dapat membuktika­n kepada rakyat Malaysia UMNO ikhlas mahu berubah kepada UMNO yang mereka hormat dan rindui, yang ditubuhkan untuk membela nasib rakyat Malaysia.

“Berdasarka­n maklumat yang saya terima, orang yang paling layak untuk memegang jawatan Presiden UMNO ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Seorang yang menepati diskripsi yang saya sebutkan di atas,” katanya menerusi Facebook, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia