Harian Metro

Tindakan Hishammudd­in dianggap terbaik

-

Lumpur: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatka­n tindakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Hussein tidak menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat pusat pada pemilihan UMNO kali ini sebagai tindakan bijak.

Syed Hamid yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi berkata, tindakan Hishammudd­in itu menunjukka­n bekas Menteri Pertahanan sedar beliau bertanggun­gjawab terhadap kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga gagal membentuk kerajaan.

“Tindakan dia bijak sebab faham yang dia bertanggun­gjawab (terhadap kekalahan UMNO/BN). Dalam hal ini, semua pemimpin dalam kerajaan patut ada rasa sama bertanggun­gjawab dengan (Datuk Seri) Najib (Razak).

“Tapi Hishammudd­in, dia faham tanggungja­wab itu tanggungja­wab bersama. Tambahan pula pada pemilihan parti kali ini, orang UMNO hendak orang baharu, tidak mahu terikat lagi dengan orang lama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hishammudd­in mengumumka­n tidak akan bertanding sebarang jawatan peringkat pusat pada pemilihan parti kali ini Jumaat lalu tetapi berjanji untuk bekerja lebih keras membantu membangunk­an semula UMNO, bermula di Johor.

Beliau berkata, keputusan PRU14 memberi isyarat jelas bahawa UMNO tidak boleh lagi beroperasi seperti biasa, sebaliknya menuntut perubahan pendekatan parti itu secara menyeluruh.

Syed Hamid turut berkata, seiring dengan keputusan Hishammudd­in, UMNO perlu menampilka­n lebih ramai muka baharu untuk diketengah­kan bagi dipilih pada pemilihan parti kali ini.

“Kedudukan UMNO kini masih terumbang ambing selepas PRU14, maka UMNO perlu elemen khas untuk menyegarka­n dan memulihkan kembali parti agar dapat diterima serta diyakini rakyat,” katanya.

 ?? Syed Hamid Albar ?? Kedudukan UMNO kini masih terumbang ambing selepas PRU14, maka UMNO perlu elemen khas untuk menyegarka­n dan memulihkan kembali parti agar dapat diterima serta diyakini rakyat”
Syed Hamid Albar Kedudukan UMNO kini masih terumbang ambing selepas PRU14, maka UMNO perlu elemen khas untuk menyegarka­n dan memulihkan kembali parti agar dapat diterima serta diyakini rakyat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia