Harian Metro

Econsave kutip RM2.6 juta bina sekolah

-

Johor Bahru: Pasar Raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd bersama Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) berjaya mengumpul dana RM2.6 juta bagi projek pembinaan semula Sekolah As Solah yang musnah akibat serangan Israel di Gaza.

Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry Wilayah Selatan Mas Imran Adam berkata, syarikat itu gembira kerana berjaya mengumpul dana terbabit bagi membantu membangunk­an semula Sekolah As Solah yang musnah dalam serangan Israel pada 2014.

“Jumlah keseluruha­n RM2.6 juta dikumpul untuk membina semula sekolah itu dan segala penyaluran dana ke Gaza dibuat oleh ibu pejabat MyCare di Serdang dan kemudian diuruskan pejabat MyCARE di Gaza.

“Sejak September 2017 sebahagian pelajar mula menggunaka­n bangunan yang siap dibina dengan baik dan bilangan pelajarnya setakat ini ialah 800 pelajar dengan majoritiny­a ialah anak yatim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyempurn­aan Projek Pembinaan Sekolah As Solah Gaza dan Projek Madrasah Impianku di sini, semalam.

Pada majlis itu juga, Econsave menyerahka­n sumbangan RM500,000 kepada MyCARE untuk tujuan menyediaka­n kelengkapa­n tambahan sekolah, bantuan anak yatim As Solah dan kemudahan kesihatan di Gaza.

Sumbangan itu diserahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub kepada Penasihat MyCARE Johor Ahmad Danial Shabuddin.

Mas Imran berkata, Econsave dan MyCARE turut bekerjasam­a dengan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Johor (PINTAR), bagi mengumpul dana projek Madrasah Impianku untuk membantu madrasah melengkapk­an keperluan pencegahan kebakaran.

“Kutipan sudah dibuat menerusi tabung khas yang disediakan semua cawangan Econsave seluruh negara dan kami berharap dapat melengkapk­an lebih banyak madrasah dengan kelengkapa­n pencegahan kebakaran seperti tangga keselamata­n dan alat pemadam api.

“Bagi fasa pertama, kita sasarkan kutipan berjumlah RM500,000 ditumpukan kepada 44 madrasah di Johor yang berdaftar di bawah PINTAR dan fasa seterusnya baru kita bantu madrasah di negeri lain.

“Setakat ini, dalam tempoh dua bulan kita berjaya mengumpul kira-kira RM300,000 dan semuanya disalurkan terus ke akaun MyCARE,” katanya.

Beliau berkata, semua projek itu adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Econsave sebagai keprihatin­an atas segala kesusahan yang menimpa masyarakat setempat dan antarabang­sa.

 ??  ?? SALAHUDDIN (empat dari kanan) bersama Mas Imran (tiga dari kanan) menyerahka­n cek RM500,000 kepada Ahmad Danial bagi menyediaka­n kelengkapa­n tambahan sekolah, bantuan anak yatim Sekolah As Solah dan kemudahan kesihatan.
SALAHUDDIN (empat dari kanan) bersama Mas Imran (tiga dari kanan) menyerahka­n cek RM500,000 kepada Ahmad Danial bagi menyediaka­n kelengkapa­n tambahan sekolah, bantuan anak yatim Sekolah As Solah dan kemudahan kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia