Harian Metro

‘Tak layak ke saya?’

- Najiy Jefri najiy.jefri@nstp.com.my

>>Luah rasa terkilan apabila dikatakan tak sesuai kongsi mengenai Islam kerana tidak menutup aurat

 Jasmin terkilan dikecam kongsi isu mengenai Islam

“Saya berbogel di media sosial ke? Saya murtad ke? Saya ganggu keluarga kamu ke? Saya makan duit rakyat ke?”

Itu luahan pelakon Jasmin Hamid yang dikecam netizen gara-gara memuat naik video perkongsia­n mengenai malam Lailatul Qadar di Instagram, baru-baru ini.

Jasmin menerusi akaun Instagram meluahkan rasa terkilan apabila dia dikatakan tidak sesuai berkongsi mengenai Islam jika dilihat kepada penampilan dirinya yang tidak menutup aurat.

“Tak ada angin tiba-tiba nak ‘nerakakan’ saya hingga sanggup bertubi-tubi menghantar mesej peribadi.

“Hanya kerana saya muat naik dan kongsi mengenai malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang tak bertudung seperti saya tak layak berkongsi mengenai Islam.

“Adakah orang yang bertudung saja layak dekat pada Allah? Orang yang tak bertudung dan dianggap jahil seperti saya tak layak belajar mendekatka­n diri dengan Allah sampai bila-bila?” katanya.

Terdahulu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu memuat naik paparan skrin mesej netizen yang mempersoal­kan dia masih tidak memakai tudung walaupun usia semakin meningkat.

Menurut Jasmin, selama ini dia tidak pernah berniat mengaibkan sesiapa, namun hatinya terguris apabila dibanjiri dengan kata-kata negatif.

“Selama ni saya hanya diam dan sekat netizen yang negatif tapi makin menjadi-jadi pula mereka sekarang.

“Tak habis-habis isu tudung, apa yang anda sakit hati sangat ya? Hanya kerana saya artis dan tak bertudung, anda boleh komen sesuka hati? Bagaimana pula dengan orang yang menegur tahap menghina hingga mengguris hati saya?

“Saya tetap padam nama pengirim mesej negatif ini sebelum berkongsin­ya kerana tak mahu aibkan sesiapa,” katanya. Pelakon Datin Elvina Mohamad mengesahka­n suaminya, Datuk Hanif Borhan yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penipuan pelaburan mata wang asing

dan mata wang digital pada 30 Mei lalu sudah dibebaskan.

Elvina ketika ditemui berkata, suaminya tidak terbabit dalam kes penipuan itu dan dia hanya dipanggil sebagai saksi bagi membantu pihak berkuasa.

Menurut Elvina, dia kesal apabila ada pihak cuba menganiya Hanif dengan mendakwa

(forex)

(bitcoin)

kononnya suaminya itu turut terbabit dan bersalah.

“Lebih membuatkan saya sedih ialah orang yang mengaitkan nama suami ini adalah kenalannya sendiri. Mereka yang betul-betul melakukan kesalahan melarikan diri hingga

Hanif pula menjadi sasaran dan mangsa,” katanya.

Elvina yang popular menerusi drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf berkata, dia tidak tahu langsung suaminya ditahan pada 30 Mei lalu hinggalah dia dihubungi wartawan bertanyaka­n perkara itu.

“Saya faham niat suami cuba merahsiaka­n perkara itu kerana dia tidak mahu isterinya bimbang. Bagaimanap­un, apabila saya bertanyaka­n perkara itu kepadanya, dia tidak berbohong. Dia mengaku memang ditahan bagi membantu siasatan,”

katanya.

 ?? Jasmin Hamid ?? Hanya kerana saya muat naik dan kongsi mengenai malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang yang tak bertudung seperti saya tak layak berkongsi mengenai Islam”
Jasmin Hamid Hanya kerana saya muat naik dan kongsi mengenai malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang yang tak bertudung seperti saya tak layak berkongsi mengenai Islam”
 ??  ?? HANIF
ELVINA
HANIF ELVINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia