Harian Metro

HIDANGAN ENAK SYAWAL

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Sarapan KFC tawar kelainan sepanjang musim raya dengan nasi, ayam rangup

Hidangan ketupat, lemang dan rendang yang disajikan di pagi raya pastinya menu dinanti-nantikan saban tahun.

Bagai tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa keenakan hidangan wajib itu. Sepanjang syawal ini, pastinya ramai saudaramar­a mengadakan rumah terbuka dengan pelbagai juadah yang semestinya enak-enak belaka.

Adakalanya kita tidak mengambil sarapan di rumah sebaliknya menunggu untuk menjamu selera di rumah dikunjungi.

Memulakan hari tanpa sarapan sememangny­a sesuatu yang tidak baik khususnya untuk kesihatan.

Bagi yang inginkan kelainan, bersarapan pagi di KFC pasti memberi kegembiraa­n selain menikmati hidangan ketupat dan lemang di pagi raya.

Hidangan nasi bersama ayam KFC yang sedap hingga menjilat jari pasti menyelerak­an.

Sepanjang musim raya ini, Sarapan KFC menawarkan hidangan

KFC Classic Rice yang sememangny­a cukup lazat.

Terkenal dengan resipi rahsia beratus tahun, hidangan ayam terkenal di dunia memberi keenakan tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata.

Ditambah pula dengan campuran 11 herba dan rempah di dalam penghasila­n menu yang disajikan kepada pelanggan, ia ternyata membuatkan anda memulakan hari dengan penuh kegembiraa­n.

Menariknya, selain hidangan sarapan utama di KFC ini disediakan dengan cara Malaysia, bahan digunakan juga adalah segar dibawa dari ladang terus ke dapur.

Hidangan sarapan KFC Classic Rice dengan resipi asli Finger Lickin, telur mata kerbau dan nasi aroma Colonel dengan sos sambal yang enak, setiap ahli keluarga anda pastinya

berpuas hati dan dapat memulakan pagi dengan kegembiraa­n.

Set Classic Rice yang dihidangka­n dengan kopi panas atau teh panas boleh didapati dari

RM8 pada hari bekerja di KFC terdekat.

Untuk maklumat lanjut lokasi sarapan KFC, layari https://kfc.com.my/ find-a-kfc#breakfast.

Jadi, sepanjang bulan Syawal ini, jangan lepaskan peluang bersarapan di KFC dengan hidangan enak dan pastinya membuatkan anda makan hingga menjilat jari.

 ??  ?? MULAKAN hari yang bertenaga dan menggembir­akan dengan sarapan KFC Classic Rice sepanjang perayaan ini.
MULAKAN hari yang bertenaga dan menggembir­akan dengan sarapan KFC Classic Rice sepanjang perayaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia