Harian Metro

Jiwa kental Abang Mel

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

“Saya semakin pulih. Namun, untuk pulih sepenuhnya agak susah kerana ia pasti meninggalk­an kesan kekal. Saya kini sukar untuk bertutur dan jika bercakap laju, pasti akan ‘terbabas’,” kata penyanyi Mel mengenai keadaan kesihatann­ya selepas diserang angin ahmar pada awal Disember 2014.

Mel, 52, yang juga bekas penyanyi Wings berkata, jika bertutur dia sukar untuk menyebut perkataan yang mengandung­i huruf R, L dan S.

“Saya kini sentiasa berurut dan melakukan senaman untuk menjaga kesihatan. Paling penting pemakanan perlu dijaga betul-betul,” kata pemilik nama sebenar Ismail Zainuddin ini.

Mel berkata, kesihatann­ya kini sudah pulih 95 peratus dan dia kini turut bergantung kepada ubat-ubatan bagi memastikan kesihatann­ya stabil.

“Saya tidak dibenarkan makan sayuran hijau kerana saya menghidap Atrial Fibrillati­on atau lebih dikenali sebagai AF.

“Degupan jantung saya tidak normal atau dikenali sebagai aritmia dan terpaksa mengambil sejenis ubat khas.

“Harganya agak mahal, tetapi mujurlah saya dapat dengan harga yang agak sederhana. Apapun pengambila­n ubat sahaja tidak bermakna jika tidur tidak tentu masa, tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam,” katanya.

Walaupun mengalami sedikit masalah pertuturan, tetapi Mel masih aktif sebagai

 Bekas vokalis Wings pilih cara hidup sihat selepas kena strok

penyanyi dan masih mendapat tawaran mengadakan persembaha­n di sana sini.

“Selain menyanyi, saya lebih banyak dipanggil terbabit dalam program tazkirah, persembaha­n santai dan motivasi.

“Saya juga diundang untuk berkongsi pengalaman bercerita berkenaan penyakit angin ahmar yang dideritai sebelum ini dan cara-cara pemulihann­ya.

“Maknanya adalah juga sumber rezeki. Saya kena yakin dengan Allah biarpun jumlahnya tidak banyak seperti dulu,” katanya.

Mel juga baru selesai menghasilk­an album yang diterbitka­n bersama rakan-rakan artis lain antaranya Iwan Syahman, Ali XPDC, Ijam Medicine, Zul Handy Black, Zul Yahya dan Syed Nahar.

“Album berjudul Daie ini memuatkan nyanyian kami semua. Alhamdulil­lah sambutan yang diberikan peminat sangat menggalakk­an.

“Lagipun cara penjualann­ya dibuat secara terus kepada peminat setiap kali kami buat persembaha­n. Nampaknya ia lebih disukai berbanding dijual di kedai,” katanya.

 ??  ?? MEL (duduk dua dari kiri) bersama rakan artis yang aktif berdakwah. Turut bersama, Maulana Helmi (duduk dua dari kanan).
MEL (duduk dua dari kiri) bersama rakan artis yang aktif berdakwah. Turut bersama, Maulana Helmi (duduk dua dari kanan).
 ?? Mel ?? Saya lebih banyak dipanggil terbabit dalam program tazkirah”
Mel Saya lebih banyak dipanggil terbabit dalam program tazkirah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia