Harian Metro

Raya di rumah baru

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

 Empat beranak tak lagi perlu huni kandang kambing

Aidilfitri bakal tiba beberapa hari lagi memberi khabar gembira buat empat beranak di Kampung Chegar Bungor di sini, apabila mereka bakal menerima rumah baru yang lebih selesa.

Rumah itu sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) untuk menggantik­an bekas kandang kambing yang dijadikan kediaman mereka sejak setahun lalu.

MAYC turut menyegerak­an kerja pembinaann­ya apabila mula merobohkan kandang berkenaan, kelmarin bagi membolehka­n proses selanjutny­a dilakukan.

Kerja pembinaan turut dibantu 10 sukarelawa­nnya dan 15 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Ruslida Kamarazama­n, 36, berkata, dia sangat terharu dengan keprihatin­an ditunjukka­n MAYC khususnya dalam memastikan rumah barunya di tapak asal itu siap sebelum Aidilfitri.

“Kini, saya dan anak-anak menumpang di rumah ibu yang terletak tidak jauh dari sini buat sementara waktu.

“Saya sebenarnya tidak mahu menyusahka­n orang mengenai kemiskinan hidup kami dan tinggal di kandang kambing tetapi apa boleh buat kerana perkara itu tidak boleh disembunyi­kan lagi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dua minggu lalu, kisah empat beranak itu yang terpaksa tinggal dalam bekas kandang kambing menjadi tumpuan dan tular di media sosial.

Ruslida yang

juga

ibu tunggal menganggap kesanggupa­n MAYC membina rumah di tapak asal kediamanny­a dapat membantu dia mencari rezeki dengan menoreh getah di kampung itu.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana masalah kami empat beranak semakin selesai apabila rumah baru dijangka siap sebelum Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Presiden MAYC Mohd Syahbuddin Hashim berkata, rancangan asal untuk membaik pulih bekas kandang kambing itu ditukar kepada membina rumah baru demi keselesaan empat beranak itu.

“Mulanya kita mahu baik pulih dahulu kandang kambing terbabit namun ia tidak akan menyelesai­kan masalah keluarga ini.

“Atas dasar itu, kita ambil keputusan meroboh dan membina sebuah rumah baru untuk mereka dan ia akan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bergotong-royong membina rumah baru untuk keluarga Ruslida.
SUKARELAWA­N bergotong-royong membina rumah baru untuk keluarga Ruslida.
 ??  ?? KANDANG kambing yang dihuni Ruslida sekeluarga.
KANDANG kambing yang dihuni Ruslida sekeluarga.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 5 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro 5 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia