Harian Metro

Wanita hilang upaya selepas bersalin awal

-

Kubang Pasu: Dia bukan saja kehilangan bayi malah menderita penyakit saraf selepas melahirkan anak pada Oktober tahun lalu.

Nornafikah Mohd Nasir, 22, kehilangan bayinya yang dilahirkan pramatang selepas lapan hari dan kini dia pula tidak mampu berjalan dan bergerak akibat penyakit saraf selepas bersalin.

Suaminya, Abd Ghani Md Abidin, 28, berkata isterinya terpaksa bersalin awal iaitu ketika usia kandungan memasuki tujuh bulan di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.

“Sejak itu, Nornafikah kehilangan upaya berjalan kerana kakinya lemah dan bergantung kepada kerusi roda.

“Dia juga terpaksa berhenti kerja dan bergantung kepada pendapatan saya sebagai pekerja di kolam udang kerpan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan menerusi Program Jejak Prihatin Negeri Kedah di Dewan Orang Ramai Padang Sera di sini, semalam.

Seramai 70 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh menerima sumbangan yang disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Perdaganga­n Dalam Negeri Dr Salmee Said.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembanguna­n Ekonomi Negeri Kedah Sunita Abd Aziz dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu Muhammad Hamdi Abdullah Zawawi.

Abd Ghani berkata, mujurlah isterinya mendapat bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu mengurangk­an beban mereka sekeluarga.

“Setiap kali sakitnya menyerang, isteri terpaksa dikejarkan ke Hospital Kangar untuk rawatan dan setiap rawatan dicaj RM290,” katanya.

 ??  ?? Dr Salmee (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan pada Program Jejak Prihatin Negeri Kedah di Dewan Orang Ramai Padang Sera, semalam.
Dr Salmee (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan pada Program Jejak Prihatin Negeri Kedah di Dewan Orang Ramai Padang Sera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia