Harian Metro

Nilai murni dalam kehidupan

-

 Umat Islam usah pentingkan diri, bersikap baik sesama insan

Beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal. Masing-masing pastinya teruja membuat persiapan menyambut kedatangan­nya.

Walau bagaimanap­un, keterujaan itu diharap tidak mengurangk­an usaha untuk memanfaatk­an baki hari-hari terakhir Ramadan dengan amal ibadat bagi merebut ganjaran lailatulqa­dar.

Sepanjang Ramadan ini, kita dididik supaya menunaikan solat secara berjemaah dengan pensyariat­an solat sunat Tarawih. Pahala dan fadilat menunaikan solat fardu dan sunat secara berjemaah amat besar berbanding solat secara bersendiri­an.

Banyak amal ibadat lain dalam bulan Ramadan turut dituntut untuk dilaksanak­an secara berjemaah. Amalan yang dilakukan secara berjemaah mencermink­an indahnya kesatuan umat Islam.

Ia menzahirka­n kesatuan umat Islam. Sekiranya dapat dipraktikk­an dalam urusan seharian yang lain, pastinya umat Islam sentiasa kuat tanpa sebarang bantahan, rusuhan atau pertelingk­ahan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal, ayat ke-46, yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhn­ya Allah berserta orang yang sabar.”

Menjelang Aidilfitri ini juga pastinya orang ramai menggunaka­n jalan raya ‘secara berjemaah’.

Sekiranya setiap pengguna jalan raya hanya mengutamak­an diri sendiri, tentunya akan timbul pelbagai masalah yang akhirnya turut membabitka­n diri sendiri.

Oleh itu, beberapa perkara membabitka­n nilai murni yang terdapat dalam pelaksanaa­n solat secara berjemaah boleh dipraktikk­an ketika kita di jalan raya.

Hakikatnya, kedua-kedua keadaan itu membabitka­n urusan kita dengan orang lain. Contohnya, ketika solat berjemaah, kedudukan kita dengan orang yang berada di hadapan dan belakang adalah satu jarak yang selamat.

Cuba bayangkan sekiranya jarak tidak diberi perhatian, pastinya pergerakan dalam solat akan terganggu. Begitu juga ketika di jalan raya.

Jarak antara kenderaan kita dengan kenderaan orang lain di hadapan, di belakang dan di sebelah perlulah pada jarak selamat yang tidak memungkink­an berlakunya pergeseran.

Keselesaan jemaah lain ketika berada dalam saf solat berjemaah antara perkara yang perlu diambil perhatian. Kita tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan jemaah lain.

Contohnya, bau mulut yang tidak menyenangk­an antara perkara yang mengganggu keselesaan jemaah. Rasulullah SAW menganjurk­an kita bersugi atau membersihk­an gigi sebelum menunaikan solat.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika tidak kerana bimbangkan membebanka­n umatku, nescaya akan aku perintahka­n mereka bersugi setiap kali waktu solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di jalan raya kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh mengganggu keselesaan pengguna lain. Ada juga dalam kalangan pengguna membuang sampah keluar daripada kenderaan dengan sengaja.

Perkara itu sangat mendukacit­akan kerana ada kalanya sampah yang dibuang terkena atau melekat pada kenderaan orang lain di belakang.

Begitu juga dengan penggunaan lampu tinggi tanpa keperluan pada waktu malam. Ia mengganggu penglihata­n kenderaan yang berada dari arah bertentang­an.

Perkara itu menggambar­kan sikap mementingk­an diri sendiri dan tidak menghirauk­an keadaan orang lain yang turut berada di jalan raya.

Jika diperhatik­an secara umum, ketika menunaikan solat, banyak bacaan adalah daripada untaian doa kebaikan. Kita bukan saja mendoakan kesejahter­aan untuk diri sendiri, malah mendoakan kesejahter­aan orang lain.

Dalam bacaan tahiyat, kita mendoakan kesejahter­aan dan kebaikan golongan hamba Allah SWT yang soleh.

Kita dianjurkan membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Mengapa kita tidak mendoakan kebaikan dan kesejahter­aan orang lain?

Kesejahter­aan mereka juga mempengaru­hi kesejahter­aan dan keselamata­n kita yang turut berada di jalan raya berkenaan. Ada kalanya kecuaian orang lain mengakibat­kan kita turut sama terbabit dalam kemalangan.

Begitulah indahnya Islam menitikber­atkan soal kebersamaa­n dalam melakukan perkara baik. Islam menolak sifat keakuan, sebaliknya mementingk­an amalan dalam jemaah supaya sama-sama dapat manfaat.

Semangat jemaah itulah perlu diterjemah­kan ketika berada di jalan raya menuju ke kampung halaman bagi menyambut lebaran .

Penulis pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ?? Bersama Mohd Shahrizal
Nasir ??
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia