Harian Metro

Hikmah TERPALIT KONTROVERS­I

- DARI MUKA R27

Shukri berhati-hati dalam setiap perkara demi jaga hati isteri dan keluarga

“Saya juga pernah berasa tertekan apabila orang sekeliling menganggap kontrovers­i itu sebagai serius. Ia adalah sejarah hitam yang saya mahu lupakan.

“Paling sukar ialah untuk saya mendapatka­n semula kepercayaa­n isteri. Sebagai pelakon yang sudah berkahwin, saya perlu menjaga hati isteri dan keluarga kedua-dua pihak,” katanya.

Diminta mengulas kontrovers­i yang melanda pelakon Syafik Kyle pula, kata Shukri, dia memahami perasaan pelakon itu yang dikaitkan dengan isu panggilan video lucah yang didakwa miripnya sehingga tular baru-baru ini.

“Apa yang terjadi kepada Syafiq itu sama seperti yang pernah saya lalui tahun lalu. Saya juga banyak menghabisk­an masa dengan bekerja kerana enggan mengingati sejarah hitam dulu. Mereka yang melalui kontrovers­i seperti itu akan menjadi lebih matang serta berhatihat­i dalam setiap perkara,” katanya.

Mengenai perkembang­an karier pula, kata Aktor Antagonis Pilihan, anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 ini, dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaa­n sebagai watak utama dalam lakonan.

“Saya masih berlakon watak utama walaupun jahat atau antagonis. Saya juga pastikan tidak mengambil tiga hingga empat tawaran berlakon dalam satu masa.

“Maklumlah, periuk nasi saya dalam bidang lakonan dan pelakon juga perlu buat kajian bagi memastikan setiap watak diserahkan ada kelainan termasuk drama adaptasi novel. Sebagai pelakon serius, saya juga pastikan berlakon sekurang-kurangnya satu projek drama berat untuk kepuasan dalam lakonan,” katanya.

Beraya di Keramat,

Kuala Lumpur

Ditanya mengenai sambutan Syawal yang bakal menjelang pula, kata Shukri, dia hanya menyerahka­n kepada isterinya, Tya Adnan untuk membuat semua persiapan termasuk untuk anak mereka, Aaira Ameena yang kini berusia setahun sebelas bulan.

“Saya sibuk di lokasi penggambar­an drama. Jadi, semua persiapan baju raya termasuk keperluan anak disediakan isteri. Saya juga bercuti raya selama dua minggu iaitu seminggu sebelum dan selepas raya nanti.

“Tahun ini, kami akan beraya di Keramat bersama keluarga isteri,” katanya.

Mengenai juadah raya pula, kata Shukri, antara menu wajib ialah lontong, nasi impit dan kuah kacang masakan ibunya.

“Saya mahu isteri memasak juadah raya pula tahun ini kerana tahun lalu dia jatuh sakit dan tidak dapat memasak hidangan raya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, drama lakonannya, Andainya Takdirnya 2 akan bersiaran pada 13 Jun nanti di TV3. Drama supertele komedi Selirat pula ditayangka­n di saluran Astro, Jumaat ini.

Selain itu, dia juga terbabit dua projek baru drama bersiri untuk saluran Hypptv dan Astro.

- Ramlah Zainal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia