Harian Metro

Program raya rtm

-

Rancangan khas gabung artis baru dan lama

menyaksika­n Konsert Dimensi Legenda Raya apabila disiarkan nanti,” katanya.

Antara nama besar yang tampil dalam program ini ialah Datuk M Nasir, Ziana Zain, Noraniza Idris, Jay Jay, Uji Rashid, Herman Tino, Datuk Malek Ridzuan, Salwa Abdul Rahman, Dayangku Intan, Khairil Johari Johar dan Aman Shah.

Sementara itu, radio Klasik pula tidak ketinggala­n menerbitka­n program berjudul Ketupat Rendang Jalinan Kasih 2018 yang turut menampilka­n barisan artis lama dan baharu.

Mereka yang terbabit ialah Junainah M Amin, Khairil Johari Johar, Dayangku Intan, Uji Rashid, Hail Amir dan Aman Shah.

Artis generasi baharu yang terbabit ialah Gmie Screen, Mardiana Alwi dan pasangan penyanyi adikberadi­k, Farah Hazel dan Aiman Tino.

Penerbitny­a, Muhd Hammami Yusoff berkata, ini adalah salah satu program terbitan Radio Klasik bagi mengisi sambutan Aidilfitri.

“Biasanya tahun terdahulu kami meletakkan judul Ketupat Rendang. Namun kali ini kami menjalinka­n kerjasama dengan beberapa pihak seperti Hotel Sri Petaling dan Kelab Civic Malaysia, jadi sesuailah nama Ketupat Rendang Jalinan Kasih digunakan.

“Ini adalah tahun kelima program ini diterbitka­n. Cuma, sebelum ini kami buat di Angkasapur­i membabitka­n penyampai kami.

“Kali ini kelainan dibuat dengan sesi rakaman membabitka­n artis dan kami turut mengundang anak yatim daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Kajang untuk sama-sama memeriahka­nnya,” katanya.

Menurut Muhd Hammami, Ketupat Rendang Jalinan Kasih akan disiarkan sebanyak dua episod iaitu pada hari raya pertama dan kedua, jam 3 petang.

Ulangannya pula akan dibuat pada hari raya ketujuh dan kelapan juga pada waktu yang sama.

 ??  ?? Kali ini kelainan dibuat dengan sesi rakaman membabitka­n artis dan kami turut mengundang anak yatim daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Kajang untuk sama-sama memeriahka­nnya
Kali ini kelainan dibuat dengan sesi rakaman membabitka­n artis dan kami turut mengundang anak yatim daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam Kajang untuk sama-sama memeriahka­nnya
 ??  ?? GMIE Screen dan Ayai.
GMIE Screen dan Ayai.
 ??  ?? UJI Rashid dan HAil Amir.
UJI Rashid dan HAil Amir.
 ??  ?? JUNAINAH M Amin
JUNAINAH M Amin
 ??  ?? AMAN Shah
AMAN Shah
 ??  ?? DAYANGKU Intan
DAYANGKU Intan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia