Harian Metro

TEROKAI ILMU TEKNOLOGI MAKLUMAT

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

MSU College tawar program diploma untuk lahirkan

graduan berdaya saing

Teknologi maklumat (IT) dibangunka­n sebagai medium bagi memperoleh dan menyebarka­n pelbagai jenis maklumat.

Kebergantu­ngan terhadap teknologi maklumat memang tidak dapat dinafikan bagi memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan sistematik.

Ini dapat dilihat melalui perkembang­an pesat di pelbagai sektor termasuk bidang telekomuni­kasi, pendidikan, perniagaan, pengurusan dan sebagainya.

Apatah lagi penanda aras kemajuan sesebuah negara dilihat menerusi pencapaian bidang teknologi maklumat.

Malaysia yang sedang menuju ke status negara maju menjelang 2020 turut menitikber­atkan bidang ini bagi memastikan tenaga kerja dan keupayaan dimiliki setanding negara maju.

Menyedari potensi cerah bidang ini, MSU College menerusi School of Science & Technology (SST) tidak ketinggala­n menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan berdaya saing dan berkelayak­an yang akan membantu menggerakk­an industri ini.

Mahasiswa akan dilengkapi pengetahua­n asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturca­raan komputer, pembanguna­n perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi Internet dan rangkaian.

Program ini merangkumi modul pembelajar­an sistem pengaturca­raan C++ dan banyak lagi.

Mahasiswa turut berpeluang mempelajar­i cara membaiki komputer dari segi ‘installati­on,’ ‘formatting,’ ‘setup devices’ selain membangunk­an laman web, membina rangkaian LAN, WAN dan MAN.

Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ SPMV) dengan memperoleh tiga kredit bagi mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Graduan MSU College berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah pertama dengan membuat pindahan kredit menerusi Faculty of Informatio­n Sciences & Engineerin­g (FISE), Management & Science University (MSU).

Peluang kerjaya terbuka luas termasuk sebagai Pengaturca­ra Komputer, Pembangun Aplikasi, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Jurutera Komputer dan Pakar Rangkaian Komputer.

 ??  ?? PROGRAM Diploma Teknologi Maklumat MSU College bagi melahirkan siswazah berdaya saing dan berkelayak­an.
PROGRAM Diploma Teknologi Maklumat MSU College bagi melahirkan siswazah berdaya saing dan berkelayak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia