Harian Metro

Siswa unimap beri tunjuk ajar

-

DARI MUKA N33

Tujuan utamanya menyantuni remaja luar bandar di Kampong Cham untuk berkongsi ilmu kejurutera­an yang menjadi teras pendidikan tinggi di UniMAP.

Mahasiswa UniMAP yang turut bergelar sukarelawa­n Kembara Kemboja itu pada masa sama menyiapkan bantuan menerusi pelbagai program istimewa yang menekankan aspek kreativiti, kepemimpin­an dan kemahiran komunikasi.

Melalui pemerhatia­n pengarah program, Mohammad Syah Muslim Ramle, 23, remaja dan mahasiswa di Kemboja mampu mengubah masa hadapan dengan adanya kemudahan yang bersesuaia­n dan sokongan daripada semua pihak.

Katanya, ilmu kejurutera­an adalah salah satu agenda penting dalam pembanguna­n negara dan modal insan di negara itu.

“Pembanguna­n kendiri dari segi melengkapi ilmu yang boleh diguna pakai adalah penting sebagai lonjakan kemajuan infrastruk­tur dan pembudayaa­n masyarakat aras tinggi di Kemboja.

“Kunjungan kali ini saya membawa ilmu kejurutera­an pembuatan, mekatronik dan komputer serta perhubunga­n untuk dikongsi bersama remaja dan belia di sana,” katanya.

Antara yang menjadi rebutan remaja dan belia luar bandar negara itu adalah teknologi pembuatan sistem pam air telaga yang menjadi satu keperluan mendesak di kawasan pedalaman.

Menurut Mohammad Syah, air yang dipam secara manual sebelum ini perlu dibawa ke kolah simpanan air setiap kali ingin menggunaka­nnya.

“Melalui teknologi yang dibawa, satu sistem perpaipan diwujudkan supaya air yang dipam boleh terus dialirkan ke kolah simpanan.

“Teknologi pembuatan termaju juga dibawa demi mendedahka­n belia di luar bandar itu dengan pengaturca­raan program dan kecerdasan buatan yang menjadi komponen penting dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Turut dikongsi bersama remaja luar bandar Kemboja ialah teknologi pembuatan turbin yang boleh digunakan untuk penjanaan tenaga baharu.

Model ringkas turbin juga dibentangk­an dalam skala kecil untuk pemahaman yang lebih mudah dan difahami sebilangan besar remaja di sana.

Rentetan kunjungan itu, Mohammad Syah berharap mereka dapat membina struktur lengkap yang berfungsi sepenuhnya untuk kegunaan penduduk kampung pada masa hadapan.

Sementara itu, Penasihat Program, Dr Mohd Zakimi Zakaria berpendapa­t, program seumpama itu penting untuk melahirkan mahasiswa dan graduan yang lebih berketramp­ilan dalam akademik serta kesukare

 ??  ?? PESERTA bersama pelajar sekolah
yang mengambil bahagian.
PESERTA bersama pelajar sekolah yang mengambil bahagian.
 ??  ?? SUKARELAWA­N membantu pelajar menyiapkan tugasan
sains.
SUKARELAWA­N membantu pelajar menyiapkan tugasan sains.
 ??  ?? SALAH satu alat uji kaji sains yang dihasilkan.
SALAH satu alat uji kaji sains yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia