Harian Metro

Bagaikan di kampung halaman

-

Program santai anjuran bersama MPP IKTBN Dusun Tua dan Persatuan Alumni ILKBS Malaysia

DARI MUKA N33

MPP membuat kejutan ke rumah Pengarah pusat itu dan staf IKTBN Dusun Tua.

Presidenny­a, Ikhwan Akmal Norzeri berkata, budaya menghantar juadah yang semakin dilupakan dalam kalangan generasi hari ini dijadikan aktiviti pilihan MPP sempena Ramadan tahun ini.

“Selepas berbincang dengan ahli jawatankua­sa dan menerima pandangan Presiden Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Samsudin Oli Mohamed, kami bersetuju untuk menjalanka­n aktiviti menghantar juadah ke rumah kakitangan IKTBN Dusun Tua.

“Penghantar­an juadah berbuka ini termasuk ke rumah Pengarah, Dalila Sharingat dan pegawai lain yang berdekatan dengan asrama kami,” katanya.

Pada masa sama, Setiausaha MPP, Nur Syakila Kamarudin yang berasal dari Kulim, Kedah gembira dengan aktiviti yang dijalankan, sekali gus terubat kerinduan ba- gaikan berada di kampung halaman.

“Budaya menghantar juadah menjadi kemestian di kampung dan program yang diatur ini sangat menarik.

“Usaha mengembali­kan amalan ini wajar diteruskan kerana ia dapat mengeratka­n hubungan penuntut dengan warga IKTBN,” katanya.

Program santai yang membabitka­n enam exco ini adalah anjuran bersama MPP IKTBN Dusun Tua dan Persatuan Alumni ILKBS Malaysia.

- Fazurawati Che Lah

 ??  ?? KUMPULAN MPP yang menjayakan program hantar juadah berbuka.
KUMPULAN MPP yang menjayakan program hantar juadah berbuka.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bersedia membawa makanan berbuka untuk
dihantar.
SEBAHAGIAN peserta bersedia membawa makanan berbuka untuk dihantar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia